suria

Mahu buang stereotaip, Sanjna Suri sedia pakai tudung bawa watak wanita Muslim

Sanja serius untuk terus berlakon.

PELAKON Sanjna Suri memberitahu dia sedia menyahut cabaran menggalas pelbagai watak termasuk seorang wanita Muslim selepas menyedari dirinya sukar diterima dalam kalangan peminat industri hiburan Melayu.

Kata Sanjna, 29, dia berharap penggiat seni dapat memberinya ruang untuk membuktikan bakat dalam dunia lakonan dan sedar sebagai pendatang baharu dirinya tidak boleh terlalu memilih apabila diberikan watak.

"Sangat susah nak menembusi dunia hiburan tempatan kerana saya bukan Melayu. Saya selalu dapat watak bukan Melayu, watak wanita India atau wanita berdarah campuran.

sanjna suri 3

Sanjna sedia terima cabaran pelbagai watak.

"Saya nak pecahkan stereotaip terbabit kerana benar-benar berminat nak berada di pasaran arus perdana. Tak kisah cerita itu memerlukan saya memakai tudung, melakonkan babak aksi atau karakter tomboy. Saya juga terbuka untuk menerima watak seorang wanita Muslim.

"Sebagai pendatang baharu, saya tak boleh terlalu memilih dan mengambil tawaran yang datang, dalam masa yang sama, saya harap saya boleh memberikan kelainan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu semua orang tengok filem P.Ramlee” - Sangeeta seru stesen TV rapatkan jurang kaum, ramai pelakon India fasih bahasa Melayu

ARTIKEL BERKAITAN: Ditipu ratusan ribu ringgit buatkan Ryan Bakery serik jawab panggilan, susah percaya orang... “Dah banyak kali kena”

Nama Sanja mula dikenali selepas dia memenangi pertandingan Miss Intercontinental Malaysia 2017 dan Miss Supranational Malaysia 2018.

Bagaimanapun disebabkan minat yang mendalam terhadap dunia lakonan, Sanja nekad untuk meninggalkan gelaran ratu cantik dan tidak mahu terlibat dalam bidang peragaan.

"Saya dikenali sebagai ratu cantik dan model yang boleh berlakon. Saya tak mahu lagi dikenali dengan gelaran terbabit kerana ia sudah berlalu.

Sebagai pendatang baharu, saya tak boleh terlalu memilih dan mengambil tawaran yang datang, dalam masa yang sama, saya harap saya boleh memberikan kelainan.

SANJNA SURI

PELAKON

"Sekarang saya berusaha untuk dikenali sebagai pelakon kerana saya sudah tidak menyertai pertandingan ratu cantik dan kurang mengambil tawaran dalam bidang peragaan. Minat saya memang dalam dunia lakonan," ujarnya.

Terbaharu Sanjna tampil dalam sebuah filem berjudul Mundey Kampung Dey yang mula ditayangkan sejak 15 Disember lalu.

Lakonan berkesan Sanjna telah membuka ruang buatnya untuk mengembangkan bakat ke Pakistan apabila sebuah produksi bersetuju untuk menayangkan filem tersebut di sana.

sanjna suri 1

Filem terbaharu Sanjna turut mendapat perhatian luar.

"Saya memegang watak heroin bernama Keeran. Apa yang menariknya, filem ini merupakan naskhah Punjabi tempatan pertama yang dihasilkan di Malaysia.

"Saya tak sangka lakonan saya mendapat respons positif media dari Pakistan. Mereka menggemari keserasian saya dan hero, Anwaar Beg Moghal. Filem ini juga berada dalam fasa perbincangan untuk ditayangkan di Pakistan," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain