suria

Kes tuntutan nafkah anak tak selesai, Lufya dedah kena aniaya dengan peguam sendiri

Lufya kecewa kes tuntutan nafkah ditutup kerana peguam sendiri.

PELAKON LUfya mendedahkan dia baharu mendapat tahu kes tuntutan nafkah anaknya terhadap bekas suami Dr Che Muhammad Hafiz telah ditutup oleh pihak mahkamah syariah sejak Mac lalu.

Lufya atau Lufya Sheikh Omar, 37, berkata, lebih menyedihkan apabila perkara itu berlaku atas kesilapan peguam yang mewakilinya apabila tidak muncul di mahkamah untuk perbicaraan.

"Dua tahun tuntut nafkah anak tak selesai dan menunggu lapan bulan untuk tarikh seterusnya sangat mengarut!

"Baru dapat tahu rupanya kes nafkah anak Lufya telah dibatalkan atau ditutup oleh hakim. Gali punya gali, rupa-rupnya peguam kita sendiri tak hadir mewakili kita.

Lufya kecewa peguam punca kes tuntutan nafkah ditutup.

"Kes itu telah ditutup pada Mac 2022 awal tahun lagi," katanya yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu.

Lufya berkata, dia meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap peguamnya itu yang memaklumkan kes berkenaan terpaksa ditangguhkan berkali-kali atas atas pemberian bukti baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan tak laku tapi terlebih laku” - Lufya Omar tunjuk bukti mesej lelaki cuba ‘masuk jarum’, keutamaan tetap pada anak

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa enggan beri kerjasama kes culik anak, Lufya Omar dedah perbualan bersama pegawai penyiasat... Kesal dituduh sengaja cari publisiti

Lufya berkata, sebagai seorang ibu tunggal dia tidak menyangka menjadi mangsa aniaya peguam sendiri.

"Yang kita ini percaya la dekat dia. Alasannya kerana masukkan pembuktian baru.. ini namanya “putaran” 360 darjah.

"Subhanallah kita lantik dia untuk bela kita malah rasa dianiaya. Lufya ini single mom yang bekerja keras menyediakan terbaik untuk anak perempuan saya.

Lufya ini single mom yang bekerja keras menyediakan terbaik untuk anak perempuan Fya.

LUFYA OMAR

PELAKON/PENGACARA

"Tangisan, jerih, perih membesarkan anak sendiri jangan cerita lah. Apa yang terjadi sebelum ini tolak tepi lah," katanya lagi.

Dalam pada itu, Lufya mendakwa, bekas suaminya juga memandang ringan isu berkaitan nafkah anak mereka.

Malah Dr Che Muhammad Hafiz di dakwa memasukkan nafkah ke dalam akaun mengikut kehendaknya.

"Come on! RM300 hingga RN500 jumlah yang tak relevan lagi untuk nafkah anak. Itu pun culas!

298957021_143112858084195_7562532377614172722_n

Lufya hanya mahu yang terbaik untuk anak.

"Dah failkan kes baru masukkan duit ke akaun anak itu pun, ikut jumlah suka hati dia. Kita patut beri yang terbaik untuk anak kita," katanya.

Sementara itu, Lufya memberitahu sudah melantik peguam baharu yang lebih berkaliber bagi memperjuangkan hak anaknya di mahkamah.

Untuk rekod, Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz berkahwin pada tahun 2016 dan memiliki seorang anak perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Pasangan ini kemudiannya bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain