suria

Bertuah badan! Asyraf Khalid beri hadiah Tesla buat Tya Ariffin sempena ulang tahun perkahwinan

Asyraf memberikan kejutan buat isteri tercinta.

PELAKON dan usahawan Tya Ariffin menerima kejutan daripada suami, Asyraf Khalid iaitu sebuah kereta jenama Tesla bersempena hari jadi dan ulang tahun perkahwinan mereka.

Tya atau Nurtia Wulandari Ariffin, 28, dikejutkan dengan hadiah istimewa itu sebaik sahaja pulang daripada menjalani penggambaran sebuah program televisyen pada Jumaat.

"Mereka dah berpakat semua. Tapi saya gembira dapat kereta. Terima kasih B," katanya.

11 - 1

Hadiah kereta elektrik yang diterima Tya.

Asyraf atau Muhammad Asyraf Khalid, 30, menghadiahkan kereta Tesla berwarna putih itu sebagai penghargaan buat Tya yang menjadi seorang isteri dan ibu terbaik buatnya.

Malah, Tya juga merupakan individu yang menjadi tulang belakang dalam perniagaan yang diusahakan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tular video 'posing atas katil', Tya Ariffin ketatkan SOP supaya tidak berulang lagi... "Saya hormati pandangan orang lain"

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video atas katil... Tya Ariffin dakwa ada pihak sebar sebelum dilancarkan, minta netizen tonton versi penuh

"Saya beri hadiah ini adalah bersempena ulang tahun perkahwinan kita dan juga hari jadi awak.

"Terima kasih kerana menjadi isteri dan ibu yang baik untuk anak-anak kita serta pasangan terbaik," kata Asyraf.

1q - 1

Tya menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-28.

Asyraf turut meninggalkan kata-kata manis bersempena ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka dengan memberitahu kagum dengan kecantikan, kebaikan dan kerja keras Tya dalam semua perkara dilakukan.

"Saya tahu saya tidak akan jadi apa yang saya ada sekarang tanpa sokongan dan kepercayaan awak," tulisnya di Instagram.

Untuk rekod, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 5 dan Azzahra Jiwa, 3 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain