suria

[VIDEO] Tular video ‘posing atas katil’, Tya Ariffin ketatkan SOP supaya tidak berulang lagi… “Saya hormati pandangan orang lain”

PELAKON dan usahawan Tya Ariffin terbuka menerima segala kritikan selepas video yang mempamerkan dirinya di atas katil ketika penggambaran promosi produk menjadi perbualan hangat netizen.

Tampil menjelaskan mengenai video tular itu, Tya atau nama sebenar Nurtia Wulandari berkata sebagai seorang muslimah dan isteri dia pasti tidak akan melakukan perkara yang boleh mencemarkan nama baiknya sendiri.

"Kena tengok video penuh bagi mengelakkan spekulasi yang negatif. Saya tahu saya seorang isteri dan juga bertudung tak akan nak buat benda macam itu," katanya.

Tya akui masih jaga nama baik suami sebelum lakukan sesuatu.

Tya menjelaskan mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media program bual bicara Next To Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

Baru-baru ini tular rakaman video di sebalik tabir ketika Tya sedang menjalani penggambaran dipercayai bagi mempromosikan produk kecantikan keluaran syarikat miliknya.

Menerusi video berkenaan, ramai dalam kalangan peminat menyifatkan aksi Tya baring di atas katil dianggap keterlaluan dan tidak sesuai dengan imejnya bertudung.

Tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, Tya memaklumkan bahawa video itu bukanlah 'marketing' atau strategi pemasaran memandangkan dia sudah mempunyai tarikh pelancaran sejak dari awal.

"Orang punya perspektif berbeza, jadi saya hormati pandangan orang lain. Tak ada (marketing) kerana produk kita memang dah rancang lama. Kita pun dah ada tarikh untuk melancarkan produk itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video atas katil... Tya Ariffin dakwa ada pihak sebar sebelum dilancarkan, minta netizen tonton versi penuh

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit kepala berterusan sejak berada di Manila, Tya Ariffin dimasukkan ke hospital

"Saya nak salahkan siapa pun tak tahu! Saya tak rasa nak tonjolkan perkara itu secara berlebihan. Lama-lama pun orang akan tahu macam mana sebenarnya.

"Ada orang berfikiran negatif tapi ramai juga orang yang berfikiran positif. Saya hanya fokus pada orang yang positif," katanya lagi.

Dalam pada itu, Tya berkata apa yang berlaku itu di luar kawalannya selain beranggapan individu yang memuat naik video tersebut berniat baik.

"Saya fahami mungkin niat dia tak jahat tapi dengan rakaman tersebut membuatkan spekulasi orang itu jadi berbeza.

Saya tahu saya seorang isteri dan juga bertudung tak akan nak buat benda macam itu.

TYA ARIFFIN

PELAKON/ USAHAWAN

"Saya tahu apa yang saya buat, saya tidak rasa emosi terganggu kerana saya yakin dalam hidup ini ada benda boleh kawal ada benda tidak... jadi macam benda yang dikongsi itu pun saya tidak boleh kawal.

"Tapi yang saya boleh kawal adalah bagaimana saya hadapi perkara tersebut kerana saya tahu apa yang berlaku dalam penggambaran promosi itu," ujarnya.

Mengambil pengajaran daripada kejadian itu, Tya memaklumkan selepas ini dia akan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan perkara sama berulang lagi.

Tya ambil langkah berjaga-jaga selepas kejadian ini.

"Mungkin selepas ini kita pastikan untuk tidak post sebarangan, minta tunggu yang rasmi dahulu dan mungkin SOP itu akan lebih diperketatkan.

"Pihak kami dah tahu... tapi mungkin pihak-pihak lain terlepas pandang," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain