suria

‘Morning Morning Suria Belanja Makan’ terima sambutan luar biasa! Peminat sanggup datang awal untuk bertemu penyampai

Suria FM menampilkan Ajak, Shuib dan Suraya

SAMBUTAN hebat pendengar Suria FM di Kelantan, Terengganu dan Melaka memeriahkan acara Morning Morning Suria Belanja Makan yang diadakan pada hujung September lalu merupakan satu penghargaan besar buat stesen berkenaan.

Menurut Pengurus Besar Suria FM iaitu Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, pihaknya terharu apabila melihat sokongan diberikan pendengar hingga ada yang sanggup menunggu sejak awal pagi untuk bertemu dengan tiga penyampai mereka iaitu Ajak, Shuib dan Suraya

"Saya lebih terharu apabila melihat para peminat dah pun tiba di lokasi beberapa jam lebih awal untuk tidak melepaskan peluang bersama penyampai kesayangan mereka.

"Sokongan peminat yang hadir terdiri dari pelbagai lapisan umur... ternyata mereka sangat teruja!" katanya kepada mStar.

Dianggarkan 1,000 orang peminat hadir bagi memeriahkan Morning Morning Suria Belanja Makan yang diadakan di Kelantan dan Terengganu iaitu pada 24 September dan 25 September lalu.

Manakala, peminat dari Melaka pula bertemu pada 30 September lalu.

Temp-830x553 (19)

Peminat tak lepaskan peluang bertemu penyampai Morning Morning Suria.

Sementara itu, DJ Lin berkata pemilihan lokasi adalah berbeza berbanding siri Jelajah Suria 90 yang diadakan pada Ogos lalu di Johor, Pahang, Kedah dan Putrajaya.

Apa yang lebih menarik, pendengar Suria FM yang hadir juga berpeluang memenangi sebahagian wang tunai berjumlah RM5,000 menerusi pelbagai pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sepanjang acara itu berlangsung.

Lebih istimewa, Morning Morning Suria Belanja Makan ini turut menampilkan Shuib iaitu penyampai baharu Morning Morning Suria bergandingan bersama Ajak dan Suraya

Temp-830x553 (20)

Morning Morning Suria ke udara setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

Antara aktiviti yang diadakan ialah sesi soal jawab mudah dan karaoke santai.

Peserta bertuah diberi barangan eksklusif Suria FM seperti t-shirt, beg, lanyard dan pelekat kereta Suria FM.

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki akhirnya terjawab! Shuib sah penyampai baharu Suria FM, kendali segmen ‘Morning Morning Suria’

Selain itu, pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk berhibur dengan persembahan daripada Aiman Sidek menerusi lagu Cinta Sejati.

Untuk orang Pulau Pinang dan Perak... Morning Morning Suria akan belanja peminat makan secara percuma pada 28 Oktober hingga 30 Oktober depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain