suria

Menari pakai skirt pendek, netizen tanya ‘Dolla terlepas pandang lagi ke?’

Gaya seksi Sabronzo dan Angel sekali lagi dikecam.

SELEPAS membuat permohonan maaf kerana berpenampilan seksi baru-baru ini, dua anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo dan Angel sekali lagi mencuri tumpuan ramai kerana dilihat memakai skirt pendek.

Penampilan mereka itu mengundang kritikan selepas Sabronzo memuat naik video dia bersama Angel sedang menari di tempat awam.

Aksi mereka itu lantas dikecam kerana dilihat seolah-olah terlupa pernah berjanji untuk memperbaiki imej seksi.

dolla 2

Dolla juga pernah dikecam sebab seksi dalam sebuah acara sebelum ini.

"Alamak, terlepas pandang lagi.

"Ini ke yang dimaksudkan terlepas pandang? Asyik terlepas pandang je. Kerap pula tu.

"Selepas inI Dolla boleh buat tajuk lagu 'Terlepas Pandang'," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu fokus persembahan sampai terlepas pandang baju seksi... Dolla mohon maaf, lebih berhati-hati soal pemakaian

ARTIKEL BERKAITAN: “CL pun pakai jaket labuh”... Dolla kunci mulut isu berpakaian seksi, pihak pengurusan akan buat kenyataan

Sebelum ini, Dolla dikritik hebat gara-gara berpakaian seksi ketika tampil membuat persembahan di acara Good Vibes Weekender.

Menjawab kecaman ketika itu, Sabronzo mewakili rakan-rakan lain mengakui mereka terlepas pandang perkara berkenaan kerana memberi fokus untuk membuat persembahan.

Selepas inI Dolla boleh buat tajuk lagu 'Terlepas Pandang'

NETIZEN

"Itu pertama kali kami dijemput untuk acara berkenaan. Mungkin terlalu fokus kepada persembahan membuatkan kami terlepas pandang hal lain termasuk pakaian.

"Mewakili Dolla, kami akui kesilapan tersebut. Kami mohon maaf dan akan memperbaiki untuk jadi lebih baik di masa akan datang," jelasnya dalam temubual bersama mStar.

dolla 3

Sejak awal muncul, gaya Dolla sering jadi perhatian.

Selain Sabronzo dan Angel, Dolla turut dianggotai oleh Tabby serta Syasya.

Penampilan seksi kumpulan ini sering menjadi perhatian ramai sejak awal mereka mula dikenali dalam industri seni.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain