suria

Ganti pelakon utama saat akhir, Aniq Suhair anggap rezeki diberi peluang jadi hero dalam ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’

DITAWARKAN peluang menggantikan pelakon utama di saat akhir, bintang baharu Aniq Suhair menganggap ia ibarat satu rezeki untuknya mengembangkan lkarier sebagai seorang hero dalam drama.

Aniq atau nama sebenar Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 21, berkata dia menerima tawaran itu dengan hati terbuka meskipun mengetahui dia bukanlah pelakon pilihan pertama untuk drama itu.

"Saya sangat teruja dan tidak tertekan sekiranya ada yang mengatakan saya hanyalah hero yang diambil untuk menggantikan pelakon lain.

"Saya tidak pandang perkara itu sebagai kata-kata negatif, sebaliknya mengganggap ia satu rezeki apabila dapat berlakon dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali," katanya kepada mStar.

aniq2

Aniq teruja dengan tawaran yang diterima sebagai watak utama.

Aniq ditemui ketika sidang media drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang kini sedang bersiaran di TV3.

Sementara itu, Aniq mengakui teruja membawa watak hero buat kali pertama dan tidak menolak ditawarkan peluang membintangi drama berkenaan.

"Sejujurnya saya sangat gembira apabila ditawarkan untuk membintangi drama Sekali Lagi Cinta Kembali kerana ini merupakan kali pertama saya memegang watak sebagai hero.

"Ini peluang yang tidak akan saya tolak, tambahan pula untuk slot drama popular Akasia.

"Bila saya lihat pada jalan cerita, pengarah dan barisan pelakon, memang saya tidak fikir lagi dan terus tanda tangan kontrak untuk berlakon dalam drama ini," ujarnya.

aniq1

Gandingan bersama Siti Khadijah dalam siri terbaharu Akasia.

ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair alami tegang otot gara-gara menyelam, tak boleh buat aktiviti lasak

ARTIKEL BERKAITAN: Beberapa kali tunda gara-gara Covid-19, Aniq Suhair syukur dapat tunai umrah kali kelima

Dalam pada itu, Aniq meluahkan rasa syukur kerana drama ini mendapat sambutan hebat penonton sejak ia mula ditayangkan minggu lalu.

"Baharu seminggu drama ini ditayangkan, saya tidak menyangka akan mendapat sambutan luar biasa daripada penonton.

"Hampir setiap hari drama ini trending di media sosial dan itu merupakan satu petanda baik buat kami," katanya.

Drama bersiri 28 episod ini adalah arahan Riza Baharudin yang diinpirasikan daripada novel Sekali Lagi Cinta ini bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam.

Selain Aniq, ia turut dibintangi oleh Siti Khadijah Halim, Zaki Azeman, Izzendra, Siti Hariesa, Syamim Farid, Fazlina Ahmad Daud dan Kismah Johar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain