suria

Beberapa kali tunda gara-gara Covid-19, Aniq Suhair syukur dapat tunai umrah kali kelima

Aniq tunaikan umrah buat kali kelima.

BEBERAPA kali terpaksa tunda disebabkan Covid-19, akhirnya pelakon Aniq Suhair bersyukur dapat menunaikan umrah buat kali kelima pada 22 Februari lalu.

Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh turut berkongsi pengalamannya yang dianggap berbeza daripada sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rindu kenangan lama! Aniq Suhair minta bantuan netizen jejak kawan sekolah

Pelakon berusia 22 tahun itu mengakui bukan mudah untuk memasuki masjid disebabkan keadaan sudah berubah.

Umrah kali kelima ini agak berbeza sebelum adanya Covid-19.

ANIQ SUHAIR

PELAKON

"Umrah kali kelima ini agak berbeza sebelum adanya Covid-19. kalau dahulu, kita bebas untuk bergerak ke mana saja dan boleh masuk masjid ikut masa sendiri.

"Tapi sekarang ini, dalam keadaan situasi Covid-19, pergerakkan terhad dan semua benda 100 peratus berubah... tak sama macam sebelum ini.

"Nak masuk masjid pun kena ada dua aplikasi. Satu aplikasi seperti MySejahtera dan satu lagi untuk kita tempah waktu untuk masuk masjid.

"Agak sukar bila semua pintu masjid utama ditutup dan hanya satu pintu di tingkat satu saja dibuka. Jadi, semua berebut nak masuk," katanya kepada mStar.

Aniq 1

Aniq turut doakan untuk rakan-rakan dan negara.

Aniq yang baharu saja pulang ke Malaysia pada Sabtu turut berkongsi foto dia berada di hadapan kaabah di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pelakon drama Life Lila ini memberitahu selain diri sendiri dan keluarga, dia turut berdoa untuk rakan-rakan dan negara.

"Saya ada banyak doa... pertamanya, sudah tentu saya ada doakan untuk diri sendiri dan keluarga saya juga. selain itu, untuk kawan-kawan juga.

"Doakan agar kawan-kawan dimurahkan rezeki untuk dapat jejak ke tanah suci ini juga. Saya juga ada mendoakan untuk kesejahteraan negara.

"Yela, pertama kali negara kita beberapa kali tukar perdana menteri dalam masa singkat," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain