suria

Ah ghisau! Netizen terhibur Lee Zii Jia ‘warning’ Soh Wooi Yik jangan kacau ‘girlfriend’... Rupa-rupanya dua-dua peminat pelakon Kdrama IU

Komen Lee Zii Jia dan Soh Wooi Yik di Instagram IU tarik perhatian.

SIAPA sangka rupa-rupanya pemain badminton nombor satu negara Lee Zii Jia meminati pelakon dan penyanyi terkenal Korea iaitu IU.

Menerusi ruang komen di swafoto IU di Instagram, Lee Zii Jia menegur rakannya yang juga pemain badminton Soh Wooi Yik apabila meletakkan emoji 'love'.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal badminton ketika usia 6 tahun, ketahui fakta menarik juara All England Lee Zii Jia

Lee Zii Jia secara berseloroh memberi amaran kepada rakannya agar tidak menganggu teman wanitanya yang dirujuk kepada IU.

IU 1

Soh Wooi Yik membalas komen Lee Zii Jia.

“You buat apa dekat sini Soh Wooi Yik?

"Jangan kacau girlfriend (teman wanita) aku!" tulis Lee Zii Jia.

Rata-rata netizen di ruang perkongsian tersebut turut terhibur dengan komen yang ditinggalkan Lee Zii Jia.

Malah segelintir netizen juga seronok melihat Lee Zii Jia dan Soh Wooi Yik seakan-akan berebut kekasih.

Tidak berdiam diri, Soh Wooi Yik turut membalas semula komen rakannya dengan mengatakan dia sedang meluangkan masa bersama IU.

"Saya tengah dating dengan girlfriend saya, jangan bising, she need privacy,” tulisnya.

IU 2

Lee Zii Jia dan Soh Wooi Yik meminati selebriti yang sama iaitu IU.

Foto yang dimuat naik pelakon drama Hotel Del Luna itu kini mendapat lebih 3 juta tanda suka dan 20,000 komen.

Manakala komen yang ditinggalkan Soh Wooi Yik kini mendapat lebih 5,500 tanda suka dan lebih 3,000 tanda suka di komen Lee Zii Jia.

Lebih 200 komen turut ditinggalkan netizen di perbualan antara dua pemain badminton negara itu.

“Ah ghisau! Sanggup aku scroll sampai bawah nak baca komen dia orang.

“Hahaha berebutlah korang!

“Dia orang bergaduh sebab IU ingat kita je berangan, dia orang pun sama,” ujar beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain