suria

Aniq Suhair alami tegang otot gara-gara menyelam, tak boleh buat aktiviti lasak

Aniq Suhair tegang otot gara-gara menyelam.

GARA-GARA alami ketegangan otot akibat dari aktiviti menyelam dua minggu lalu, pelakon Aniq Suhair terpaksa berehat selama seminggu.

Menurut Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, kesakitan yang dialami semakin teruk selepas dia melakukan senaman.

Bergantung kepada ubat tahan sakit buat masa kini, pelakon berusia 21 tahun itu berkata dia perlu bersenam untuk menjayakan satu karekter.

Aniq terpaksa berehat dari bersenam dan aktiviti lasak.Aniq alami ketegangan otot selepas melakukan aktiviti menyelam dua minggu lalu.

"Saya tengah berehat dari aktiviti seni buat masa sekarang sebab ada alami ketegangan otot. Sebenarnya saya alami sakit itu sejak buat aktiviti menyelam dua minggu lalu.

"Tapi saya biarkan rasa sakit itu... dan terus workout. Tu yang bertambah sakit dan menyebabkan saya ambil keputusan untuk rehat selama seminggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Beberapa kali tunda gara-gara Covid-19, Aniq Suhair syukur dapat tunai umrah kali kelima

ARTIKEL BERKAITAN: Rindu kenangan lama! Aniq Suhair minta bantuan netizen jejak kawan sekolah

Tapi saya biarkan rasa sakit itu... dan terus workout.

ANIQ SUHAIR

PELAKON

An

"Saya lakukan senaman pun sebab untuk satu karekter. Jadi, terpaksa tunda penggambaran sebab alami kecederaan. Saya hanya makan ubat saja sekarang.

"Ikutkan saya boleh saja jalani penggambaran tapi tak boleh buat untuk babak-babak yang lasak," kata Aniq kepada mStar.

Aniq ditemui ketika majlis pelancaran Fiesta TV3 yang berlangsung di Sri Pentas Media Prima, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon drama Lelaki Linkungan Cinta ini memberitahu dia kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan Perniagaan secara separuh masa.

Aniq Suhair

Aniq tetap fokus kerjaya.

Biarpun sukar mengimbangkan masa, namun bekas peserta program Hero Remaja 2019/2020 ini mahu memberi lebih tumpuan kepada kerjaya seninya.

"Saya kini sambung belajar di sebuah kolej di Petaling Jaya tapi hanya separuh masa saja. Saya ambil jurusan Pengurusan Perniagaan.

"Sebenarnya benda ini baru lagi, saya pun tak biasa bekerja sambil belajar. Tapi Alhamdulillah, semuanya masih okay, cuma makin lama makin susah.

"Tapi saya tetap akan berusaha untuk mengimbangkan masa saya dengan baik. Lagipun, saya utamakan kerja dahulu, belajar ini pun bukan ambil sepenuhnya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain