suria

[VIDEO] Beberapa bulan rasa bimbang, Farahdhiya akhirnya selamat jalani pembedahan di bahagian leher

Farahdhiya selesai jalani pembedahan di bahagian leher.

PELAKON dan penyanyi selamat menjalani pembedahan kecil di bahagian lehernya pada dua minggu lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Enggan mendedahkan sakit sebenar yang dialami, kata Farah atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 38, dia berasa lega kerana kerisauan tentang tahap kesihatannya sejak beberapa bulan lepas sudah berakhir.

“Hanya pembedahan kecil sahaja di bahagian leher. Tak perlulah saya kongsi apa sakit sebenar kerana terlalu peribadi, tapi bukannya sakit teruk.

farahdhiya 2

Farahdhiya kembali bekerja di lokasi selepas lima hari jalani pembedahan.

“Syukur sekarang semua selesai. Saya masih dalam tempoh pemulihan dan rasa lega kerana kerisauan yang saya lalui beberapa bulan ini berakhir,” katanya ketika dihubungi mStar.

Farah berkongsi video dia menerima rawatan di pusat perubatan tersebut di laman Instagram miliknya pada Selasa.

Meskipun dinasihatkan berehat panjang, namun disebabkan tugas sebagai pelakon, Farah kuatkan diri untuk kembali bekerja dan menjalani penggambaran drama Selamanya Suri Cinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap sakit kepala, Farahdhiya jumpa doktor gara-gara bimbang simptom ketumbuhan otak

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya jarang berenggang dengannya, dia nyawa saya” - Bapa Farahdhiya meninggal dunia

Menurut Farah, lima hari sudah cukup untuk dia berehat dan akui dirinya seorang yang lebih senang berdikari dan tidak mahu susahkan orang lain.

“Kebetulan saya ada cuti lima hari penggambaran dan ketika itulah saya jalani pembedahan serta ambil masa rehat. Kerja sebagai pelakon ni, MC (sijil sakit) mana laku.

“Kalau ikutkan memang kena rehat lama. Dalam apa jua keadaan saya perlu kuat. Saya tidak ada pilihan lain. Sejak dari dulu lagi saya sudah biasa berdikari,” ujarnya.

Saya masih dalam tempoh pemulihan dan rasa lega kerana kerisauan yang saya lalui beberapa bulan ini berakhir

FARAHDHIYA

PELAKON/PENYANYI

Untuk rekod, pada Februari lalu, Faradhiya pernah memberitahu dirinya sering mengalami sakit kepala kerana terlalu lama duduk di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lalu.

Tambahnya, dia bimbang jika kesakitan yang dialami itu disebabkan ketumbuhan pada otak.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati ini sudah kembali melakukan aktiviti senaman di gimnasium yang memang sudah menjadi rutin hidupnya sejak dahulu.

“Hidup saya memang dengan gim. Dua minggu tak bersenam rasa macam cacing kepanasan. Doktor nasihatkan supaya berhati-hati.

“Semalam (Selasa) saya berjumpa doktor dan keputusan semuanya dalam keadaan bagus. Cuma perlu ambil satu ubat yang diberikan doktor,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain