suria

Setuju jadi ‘muse’ saat akhir tapi minta RM4,000… Karl Shafek tak benarkan usahawan terkenal rosakkan pertunjukkan fesyen

Karl tidak kisah individu terbabit enggan menjadi muse jenamanya.

PELAKON dan pengacara Karl Shafek tidak akan membiarkan seorang usahawan bergelar Datuk mempergunakannya bagi meraih populariti pada petunjukan fesyen jenamanya iaitu Neonate di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022).

Karl atau Khairul Shafek Ibrahim, 42, berkata, meskipun pada awalnya dia sendiri mengundang usahawan itu untuk terlibat sebagai muse namun sikap acuh tak acuh ditunjukkan individu berkenaan membuatkan dia tawar hati.

"Saya tidak akan benarkan pertunjukan fesyen saya dijadikan platform untuk dia berjumpa media. Bila dia tiba-tiba mahu jadi muse pada saat akhir dan minta token, saya rasa sangat mual dan nak muntah.

"Saya sudah berusaha bersungguh-sungguh dalam tempoh tiga bulan ini untuk memastikan pertunjukan fesyen itu berjaya. Saya peraya, kehadirannya akan menghancurkan acara saya dan menjadi 'persembahan' dirinya," katanya.

Dalam pada itu, Karl ketika dihubungi mStar memberitahu, dia terkejut apabila wakil usahwan itu tiba-tiba menghubunginya bagi memaklumkan persetujuan individu berkenaan untuk menyertai pertunjukan fesyen Neonate.

Untitled design (26)

Tangkap layar perkongsian Karl di Facebook mengenai individu dikenali sebagai Datuk A yang secara tiba-tiba meluahkan hasrat untuk menjadi muse jenamanya pada saat akhir.

Tidak hanya itu, individu berkenaan turut meminta bayaran token sebanyak RM4,000 sebagai timbal balas menggayakan pakaian rekaannya dan muncul di pentas peragaan KLFW2022.

"Dia sendiri sudah tak berminat tapi saya dimaklumkan oleh wakilnya dia ingin menjadi muse pada saat akhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun Karl Shafek berdepan depresi, masih dapatkan rawatan pakar

ARTIKEL BERKAITAN: “Datuk Awie... I Love You, I teringin berduet dengan you, mesti trending” - Alif Syukri

"Jujur saya berasa agak terkilan kerana mengapa baru sekarang hendak beri persetujuan, kenapa tidak daripada awal?," katanya.

Karl menjelaskan, dua bulan lalu dia pernah menghubungi usahawan itu untuk menjadi rakan kongsi jenama dan menawarkannya sebagai muse Neonate.

Saya dimaklumkan oleh pihaknya bahawa dia ingin menjadi muse pada saat akhir.

KARL SHAFEK

SELEBRITI

Kata Karl, pada awalnya individu itu bersemangat dengan idea itu namun selepas menghantar proposal usahawan itu mendiamkan diri tanpa khabar berita.

Menjelaskan itu token, Karl memberitahu sepanjang enam tahun terlibat dalam dunia fesyen, belum ada mana-mana individu meminta bayaran apabila ditawarkan tugas berkenaan.

Sebaliknya, pihaknya akan menyediakan pakaian selama setahun untuk setiap muse sekiranya mereka ingin menghadiri sebarang acara.

KS

Karl sudah membuat persediaan untuk pertunjukan fesyen sejak tiga bulan lalu.

"Pakaian itu juga diberikan terus kepada mereka tanpa perlu dipulangkan semula kepada pihak kami. Setiap satu rekaan dianggarkan bernilai RM3,000," jelasnya.

Pertunjukan fesyen Neonate Neostalgia KLFW2022 akan berlangsung pada Ahad ini dan Karl telah memilih 10 selebriti dan individu berpengaruh sebagai muse antaranya Datuk Aznil Nawawi, Noki K-Clique dan kumpulan Dolla.

Pada acara itu, Neonate akan memperkenalkan 50 rekaan terbaharu yang akan diperagakan oleh 40 orang model.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain