suria

Enggan kontroversi berpanjangan, Ifa Raziah buat permohonan maaf secara terbuka

Ifa membuat permohonan maaf secara terbuka ketika muncul menerusi program Terpaling Juara.

PENYANYI dan usahawan Ifa Raziah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada individu yang berasa kurang senang dengan perkongsian dan tindakannya di media sosial sehingga menyebabkan dirinya dikecam.

Ifa atau Saripada Raziah Mustapha, 47, berkata, setiap manusia tidak mampu lari daripada membuat kesilapan dan menyedari kekurangan datang daripada dirinya sendiri.

Jelas penyanyi lagu Ser Ser Ser itu, permohonan maaf yang dibuat itu juga dilakukan dengan relat hati dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa.

"Saya mahu ambil kesempatan ini untuk memohon maaf dan memaafkan kepada siapa yang pernah mengata saya.

"Sebagai manusia biasa, kita tak lari daripada membuat kesilapan. Insya Allah saya akan cuba perbaiki diri saya ini untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang," katanya.

Untitled design (1)

Kontroversi tarian gelek Ifa ketika membuat persembahan di sebuah majlis aqiqah yang menjadi kecaman netizen.

Ifa berkata demikian ketika membuat kemunculan dalam program realiti, Terpaling Juara siaran TV3 pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Ifa turut mengakui segala yang berlaku pada dirinya adalah cabaran sebagai seorang anak seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Bergelek dan dibayar mahal, Ifa Raziah ditegur Ahmad Dusuki - “Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam jahil agama, Ifa Raziah memang sengaja ‘menunjuk’ buat live ketika solat

"Saya sudah lali dengan benda ini. Sebagai manusia yang lemah dan buat kesilapan, perkara begini menjadikan kita lebih matang pada masa akan datang. Orang kata asam garam sebagai anak seni," jelasnya.

Tidak hanya itu, Ifa turut berjanji akan lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang perkongsian di media sosial terutamanya melibatkan kerjayanya sebagai penyanyi dangdut.

Terdahulu, Ifa mencetuskan kontroversi apabila membuat persembahan sambil bergelek dalam sebuah majlis sehingga mengundang kecaman netizen.

Tindakannya itu turut mendapat teguran pendakwah terkenal, Ahmad Dusuki Abd Rani yang mempersoalkan sama ada tarian gelek di hadapan khalayak itu boleh mendapat pahala.

Untitled design (15)

Ifa Raziah adalah salah seorang peserta program Terpaling Juara.

"Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke? Bangganya kau!," tulis Ahmad Dusuki di Facebook.

Tidak terhenti di situ, Ifa bertindak membuat siaran langsung yang memperlihatkan dirinya sedang solat selepas ada dalam kalangan pengikutnya mendakwa dirinya jahil agama.

Ifa bertindak demikian kerana berasa geram dengan tuduhan segelintir netizen terhadapnya yang mempersoalkan amal ibadahnyta selama ini.

"Ada mengatakan saya ini seorng jahil dan ahli neraka. Kalau saya ahli neraka, ya mungkin memang sebab tidak layak masuk syurga sebab orang layak itu adalah mereka yang mengata saya," katanya kepada mStar ketika ditemui baru-baru ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain