suria

Puas hati Nurul kena ganyang dengan Mak Leha, tapi ramai tak suka ‘happy ending’... Netizen harap tiada 7HM4

7 Hari Mencintaiku 3 mendapat sambutan penonton.

DRAMA fenomena 7 Hari Mencintaiku 3 nampaknya sudah pun melabuhkan tirai pada malam Jumaat.

Rata-rata penonton meluahkan rasa geram pada minggu akhir ini sehinggakan nama watak utama Khuzairi lakonan Shukri Yahaya dan Mia (Siti Saleha) menjadi trending di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada pihak 'spoil' bahagian akhir 7 Hari Mencintaiku 2, penerbit buat laporan polis - “Walaupun 10 saat, dia tetap mencuri!”

ARTIKEL BERKAITAN: Sambutan luar biasa '7 Hari Mencintaiku' bakal ada siri ketiga tahun hadapan

Kebencian tercetus gara-gara Khuzairi mengambil keputusan untuk menjadi 'pak sanggup' dan mahu bernikah dengan Nurul (Wafariena) yang dikatakan hamil anak Pak Samad (Kazar).

Pada episod akhir babak Nurul diganyang Mak Leha lakonan Liza Abdullah selepas mendapat tahu wanita itu berdendam dengan keluarganya dan telah memfitnah Pak Samad merogolnya menarik perhatian penonton.

Menerusi babak itu, kelihatan Mak Leha menyerang Nurul selepas wanita itu meluahkan dialog ‘ kenapa orang macam engkau ni tak mati saja’ kepada Pak Samad.

Netizen meluahkan rasa puas hati melihat aksi tersebut dan menganggap Mak Leha telah mewakili perasaan penonton yang terlalu bencikan Nurul.

“Puas hati tengok Mak Leha ganyang Nurul, Mak Leha wakil rakyat Malaysia!”

“Puas hati aku weh... kaki tangan aku gear-gerak je nak join tolong Mak Leha.

“Terima kasih Mak Leha smackdown Nurul, suka sangat. Part yang ditunggu-tunggu, ganyang sampai lumat. Puas hati episod akhir ni.

Puas hati aku weh... kaki tangan aku gear-gerak je nak join tolong Mak Leha

NETIZEN

“Happy saya hari ni tengok Nurul kena ganyan, lama dah bersabar dengan perempuan busuk hati ni.

“Jabatan netizen sangat berpuas hati, Syabas Mak Leha,” ujar beberapa netizen.

KHUZAIRI

Penonton tak suka Khuzairi dan Mia kembali berbaik.

Biarpun drama tersebut berakhir dengan ‘happy ending’, namun segelintir penonton mengharapkan penghujung yang berbeza dan menyedihkan.

Rata-ratanya tidak mahu Mia memaafkan dan menerima semula suaminya Khuzairi selepas apa yang terjadi.

“Kita semua nak sad ending, Mia mati dan Khuzairi menyesal seumur hidup.

“Tolong jangan minta musim keempat, asyik klise happy ending, jangan cari lelaki macam Khuzairi.

“Still tak suka happy ending, tapi okey jugalah ada juga bad ending sikit," tulis netizen.

Drama in mengisahkan tentang rumah tangga Khuzairi dan Mia Adriana diuji lagi selepas Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia mula rasa diri tidak lagi sempurna sebagai suami kepada Mia dan juga ayah kepada anak-anak mereka.

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 karya Siti Rosmizah ditayangkan di slot Akasia arahan Jamal Khan in juga turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, Siti Saleha,, Wafariena Roslan, Reen Rahim, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

LTAPP turut dilanda banjir