Sambutan luar biasa '7 Hari Mencintaiku' bakal ada siri ketiga tahun hadapan

Peminat mahukan drama 7 Hari Mencintaiku siri ketiga.

SELEPAS kejayaan drama 7 Hari Mencintaiku 2 mencecah 12 Juta penonton sepanjang 33 episod, drama karya novelis Siti Rosmizah Semail bakal menyambung siri ketiga pada tahun hadapan.

Menurut Siti Rosmizah, dia bersyukur kerana karyanya mendapat sokongan sehingga menerima banyak permintaan daripada peminat untuk sambungan siri seterusnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada pihak 'spoil' bahagian akhir 7 Hari Mencintaiku 2, penerbit buat laporan polis - “Walaupun 10 saat, dia tetap mencuri!”

"Kejayaan dua karya saya sudah dijangka kerana melihat pada jualan novel ini yang begitu laris jadi secara dasarnya peminat- peminat novel ini telah pun sedia ada.

7 Hari Mencintaiku 3 adalah hadiah teristimewa dari saya dan pihak TV3 buat anda semua

SITI ROSMIZAH SEMAIL

NOVELIS

"Saya berterima kasih pada pihak TV3 yang memberi kepercayaan pada syarikat produksi saya SR One Sdn Bhd untuk menerbitkan drama ini.

"Saya juga bersyukur atas sokongan para penonton dan peminat novel kerana kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa mereka. Insya-Allah atas permintaan ramai, 7 Hari Mencintaiku 3 bakal menyusul tahun hadapan.

"Mudah-mudahan saya terus sihat untuk terus berkarya. 7 Hari Mencintaiku 3 adalah hadiah teristimewa dari saya dan pihak TV3 buat anda semua," kata Siti Rosmizah kepada mStar.

Siti Rosmizah mengumumkan berita gembira itu ketika majlis 'Party 7 Hari Mencintaiku 2' yang diadakan di De.Wan 1958 by Chef Wan, The Linc, Kuala Lumpur pada Rabu.



Barisan pelakon 7 Hari Mencintaiku 2.

Pada majlis tersebut, turut ditayangkan sedikit 'teaser' 7 Hari Mencintaiku 3 memberi bayangan Khuzairi (lakonan Shukri Yahaya) terlibat dalam kemalangan manakala Pak Samad (Kazar) meninggalkan pesanan terakhir buat anak dan menantu.

Episod akhir drama yang mengisi slot Akasia itu, meraih lima juta tontonan ketika disiarkan pada 17 Ogos lalu, menyamai rekod siri pertama drama berkenaan sebanyak 28 episod pada 2016.

Selain Shukri dan Kazar, drama yang menjadi fenomena itu dibintangi oleh Siti Saleha, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly, Liza Abdullah, Wafariena, Jasmin Hamid, Jaja Ilias dan Bil Azali.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar kereta rempuh pagar Masjidil Haram