suria

Ezad Lazim, Aina Abdul cari pasangan duet bersuara merdu

Aina Abdul dan Ezad cari rakan duet untuk Finale Suria Duo X.

MINGGU kedua Suria Duo X yang berlangsung Jumaat lalu menyaksikan persembahan mantap pasangan duet Ezad Lazim dan Aina Abdul dengan lagu Sekadar Di Pinggiran.

Ezad turut menyampaikan lagu Sumpah nyanyian Aina, manakala Aina menyanyikan lagu hit Exist Mengintai Dari Tirai Kamar dengan cara masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendengar Suria FM berpeluang duet dengan artis kegemaran mereka di final 'Suria Duo X'

Pasangan ini mencari peserta untuk menyanyi bersama mereka di Finale Suria Duo X pada 9 Oktober ini.



Aina dan Ezad menyanyikan lagu Sekadar Di Pinggiran.

Mereka mencari peserta yang mempunyai suara merdu dan menyanyi dengan penuh penjiwaan dan perasaan.

Masih belum terlambat untuk anda merebut peluang menangi sebahagian daripada wang tunai RM10,000 dan menyanyi satu pentas dengan artis Suria Duo X di atas pentas finale Suria Duo X.

Anda perlu menonton persembahan Suria Duo X setiap minggu di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV.

Layari laman web suria.my/suriaduox untuk dapatkan senarai lagu Suria Duo X.



Saksikan persembahan Ara dan Azlan Jumaat ini.

Kemudian, anda hanya perlu rekod ‘cover’ salah satu lagu Suria Duo X yang tersenarai dan muat naik video tersebut di akaun Instagram anda.

Jangan lupa untuk sertakan tag @suriamalaysia dan #suriamalaysia #SuriaDuoX dan #namakumpulanpilihan di ruangan kapsyen.

Anda boleh memilih samaada ingin menyertai #teamSyamelXSitiSarah, #teamEzadLazimXAinaAbdul atau #teamAzlanXAraJohari.

Dalam pada itu, persembahan daripada Azlan & The Typewriter dan Ara Johari boleh ditonton secara langsung di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV pada pukul 9 malam, Jumaat ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Aina Abdul, Ezad Lazim, Suria X Duo

Artikel Lain