suria

Usop kena tegur ibu gara-gara kongsi berita kehamilan terlalu awal... Bimbang isteri mengandung berniaga bazar Ramadan

Usop akui tersilap langkah berkongsi berita isteri hamil terlalu awal.

KETERUJAAN penyanyi Usop berkongsi berita isterinya hamil empat minggu menerima teguran ibunya apabila dianggap terlalu awal untuk berkongsi perkara itu kepada umum.

Usop nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor mengakui kesilapannya yang mungkin menggores hati pasangan yang masih belum dikurniakan rezeki zuriat.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Usop sebak, tahan air mata dapat kejutan isteri hamil... Mula mengidam nak makan macam-macam

"Boleh katakan ini rezeki baby tak dirancang sebab isteri saya memang betul-betul teringin nak ada baby.

Usop 1

Usop berkongsi berita isterinya hamil di Instagram.

"Saya kongsi video itu pun sebab terlalu teruja, tambahan pula isteri pun gembira sangat nak timang anak. Bagi saya, soal zuriat ini kita tak boleh nak rancang.

"Rezeki Allah yang nak beri. Ada abang yang sudah kahwin dua tahun pun tak ada anak lagi rezeki masing-masing. Cuma saya akui kesilapan saya berkongsi terlalu awal kerana terlalu teruja.

"Malah ibu saya juga turut menegur mengenai perkara itu," kata Usop kepada mStar.

Saya memohon doa semua pihak agar semuanya berjalan dengan lancar.

USOP

PENYANYI

Pada 30 Mac lalu, Usop berkongsi berita gembira bahawa isterinya hamil empat minggu selepas dua bulan mereka berumahtangga.

Berkongsi mengenai perkembangan terbaharu, penyanyi lagu Lenyap itu turut berasa bimbang akan kesihatan dan keadaan isterinya yang kini meniaga di bazar ramadan Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Usop

Usop sudah melarang isterinya berniaga di bazar Ramadan.

"Fatihah meniaga kuih muih di bazar sepanjang bulan puasa ini. Saya sudah melarang namun dia tetap nak meniaga, jadi sebagai suami, kenalah bantu apa yang patut.

"Saya memohon doa semua pihak agar semuanya berjalan dengan lancar. Insya-Allah... doakan semuanya agar dipermudahkan," ujarnya.

Untuk rekod, Usop mendirikan rumah tangga dengan Fatihah pada 4 Februari lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain