suria

Kejam! Kucing kena dera jiran, siap ugut nak sembelih... Janna Nick percaya haiwan kesayangannya tak berak merata sebab dah dilatih

Janna sedih melihat kucing kesayanganya cedera akibat perbuatan jiran.

SEDIH dan berang! Itulah perasaan pelakon dan pengacara Janna Nick apabila mengetahui kucing kesayangannya mengalami kecederaan di bahagian badan.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner mendakwa kecederaan yang dialami kucing itu dilakukan jirannya yang tidak anggap tidak berperikemanusiaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuah Janna Nick, lagu Gatal viral sampai Turki!

Malah pelakon berusia 27 tahun ini juga meluahkan rasa terkilan dengan sikap jirannya yang mengugut untuk menyembelih kucing perliharannya itu.

Janna 2

Janna turut muat naik artikel mengenai tindakan undang-undang atas kesalahan mencederakan kucing.

"Tak faham macam mana boleh ada jiran macam ini. Saya jarang ada di rumah, saya rasa kucing ini selalu pergi rumah dia. Sebelum ini, dia pernah simbah air dekat kucing saya sampai basah.

"Tu tak tahu dia cabut bulu kucing ke apa. Takut dicucuh rokok ke sampai jadi merah? Siap ugut nak sembelih kucing kita. Tak baik macam ini," kata Janna.

Pelakon telefilem Misteri Mona:Kuserumu Kembali itu turut memuat naik foto keadaan kucingnya yang mengalami kecederaan di Instastory miliknya.

Janna turut berkongsi artikel mengenai individu yang dikenakan tindakan undang-undang kerana melakukan kesalahan mencederakan haiwan selain bakal membuat aduan kepada pihak berwajib berhubung isu itu.

Takut dicucuh rokok ke sampai jadi merah? Siap ugut nak sembelih kucing kita.

JANNA NICK

PELAKON

Dalam pada itu, penyanyi lagu Gatal itu berkata dia sudah cuba yang terbaik memasang jaring agar kucing kesayangannya itu tidak keluar dari kawasan rumah.

Menurut Janna, dia yakin kucingnya itu juga tidak akan membuang najis atau kencing merata memandangkan ia sudah dilatih dengan baik.

"Saya ada tiga kucing. Saya faham orang akan marah bila kucing pergi rumah jiran. Saya dah cuba terbaik dengan pasang jaring tapi kalau kucing panjat juga nak buat macam mana?

Janna 1

Janna terkilan dengan sikap jiran yang tergamak mencederakan kucingnya.

"Tapi saya tahu kucing saya tak akan berak atau kencing kat rumah orang. Sebab kita dah potty trained dia. Walau dalam rumah saya pun dia tak pernah kencing ke berak.

"Jadi jangan nak tipu. Kalau betul dia ada buat tunjuk bukti. Jangan main dera kucing orang suka hati eh. Kepada sesiapa yang melakukan ini. Saya harap Allah akan menghukum awak.

"Macam mana manusia boleh bersikap kejam dengan binatang comel macam ni? I hate you," ujar Janna.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain