suria

Shiqin Kamal dah masuk kelas Muay Thai, buat persiapan nak jadi Angelina Jolie Malaysia

Shiqin Kamal siapkan diri sebelum terima tawaran filem aksi.

MENJADIKAN aktres Angelina Jolie sebagai inspirasi, pelakon Shiqin Kamal mula menyertai kelas Muay Thai Boxing dan menunggang kuda sebagai hobi baharunya.

Menurut Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd Kamal, 31, persiapan itu dilakukan jika dia mendapat tawaran untuk filem atau drama yang melibatkan aksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiqin Kamal Kurang Menyerlah Kerana Fokus Belajar

"Saya sebenarnya nak jadi Angelina Jolie Malaysia. Saya nak buat stunt sendiri macam Angelina dalam filem Salt.

shiqin 1

Shiqin pertama kali sertai perlawanan Muay Thai.

"Tapi kalau jauh sangat, saya nak jadi Hairul Azreen versi perempuan. Sebab itu saya mula masuk kelas Muay Thai Boxing dan kelas menunggang kuda.

"Just incase, kalau ada orang tawarkan untuk filem aksi atau epik. Selain itu, saya nak belajar main pedang dan ambil lesen skuba," katanya kepada mStar.

Pelakon filem Ada Hantu itu ditemui ketika acara Fitness Champ yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain itu, saya nak belajar main pedang dan ambil lesen skuba

SHIQIN KAMAL

PELAKON

Shiqin turut memenangi pingat pertama dalam pelawanan Fight Like A Girl yang diadakan di acara tersebut.

Dalam pada itu, Shiqin turut berkongsi keadaan kesihatannya selepas pulih daripada dijangkiti Covid-19 sekitar Februari lalu.

Menurut pelakon drama Cik Ayu Mee Sanggul ini, dia mengalami masalah pernafasan yang teruk ketika hari pertama sesi latihan selepas baik daripada Covid-19.

Malah, dia mengalami serangan panik gara-gara sukar bernafas.

shiqin 2

Shiqin masuk kelas tunggang kuda.

"Hari pertama sesi latihan selepas baik Covid, saya tak boleh nak lakukan senaman yang biasa saya buat. Malah, saya kena serangan panik gara-gara tak boleh nak bernafas... nak menangis sebab dada rasa ketat sangat. Rasa macam saluran pernafasan ditekan.

"Saya tak ada sakit asma tapi masa kena Covid-19, saya tak boleh baring tegak sebab tak cukup nafas... rasa seperti nak mati," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain