suria

[VIDEO] Fazli Zainal bimbang azab kubur, hanya ingat mati bertarung Covid-19 - “Saya fikir dah tak ada harapan”

TEMPOH 29 hari bertarung nyawa di hospital akibat Covid-19 cukup membuatkan penyanyi Fazli Zainal insaf dan mengingatkannya tentang hari kematian.

Menurut Fazli, 44, tahap kesihatan dan paras oksigennya semakin merosot selepas mengetahui penyanyi Siti Sarah meninggal dunia akibat jangkitan yang sama pada 9 Ogos lalu.

"Semasa dalam wad itu ramai orang tag saya di Instagram memberitahu berita arwah Siti Sarah meninggal dunia, masa tu terfikir mungkin giliran saya beberapa jam lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazli Zainal sesak nafas, tiba-tiba tahap oksigen menurun selepas 7 hari positif Covid-19

"Saya sukar nak tidur... terpaksa meniarap dan sesak nafas dengar berita berkenaan, iyalah masa tu hanya kami berdua menjadi tumpuan. Bayangkan tahap oksigen saya menurun 55 peratus ketika saya pergi tandas dalam tempoh seminit.

"Saya fikir saya dah tak ada harapan. Saya cuma fikir satu sahaja... lepas tak seksa kubur saya nanti, sangat-sangat takut! Saya minta maaf pada semua orang ketika itu," katanya kepada mStar.

fazli zainal 2

Fazli dimasukkan ke hospital pada 31 Julai lalu.

Fazli ditemui semasa sidang media pelancaran single baharu nyanyiannya berjudul Mantan Yang Terluka yang diadakan secara maya pada Isnin.

Pada 31 Julai lalu, penyanyi lagu Harapan itu dimasukkan ke Hospital Ampang selepas tahap oksigen dalam badannya menurun setelah seminggu dijangkiti Covid-19.

Ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati kira-kira 75 peratus paru-parunya dalam keadaan kurang memuaskan.

Saya boleh kata sepanjang 44 tahun saya hidup, 29 hari itulah saya diberikan kesakitan yang amat sakit!

FAZLI ZAINAL

PENYANYI

Fazli kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) bagi meningkatkan tahap oksigen dalam tubuh badannya.

Bercerita pengalamannya semasa di wad, Fazli berkata dia menyaksikan sendiri pesakit meninggal dunia.

Fazli juga mendedahkan dia tidak mandi selama 29 hari kerana paras oksigen turun mendadak setiap kali dia bergerak ke bilik air.

fazli zainal 4

Fazli terima rawatan selama 29 hari di hospital.

"Selama 29 hari di hospital saya tak mandi sebab tak boleh masuk tandas kerana oksigen drop teruk, dalam 20 minit saya boleh meninggal kalau tak cukup oksigen.

"Saya boleh kata sepanjang 44 tahun hidup, 29 hari itulah saya diberikan kesakitan yang amat sakit.... sejujurnya memang banyak amazing experience saya lalui di hospital.

"Saya nampak seorang pak cik di katil sebelah meninggal dunia, masa tu saya masuk toilet ambil wuduk sebelum solat subuh... saya sempat tegur dia. Tapi lepas habis solat dan mengaji saya tengok jururawat dah masuk dan pak cik itu sudah tiada.

fazli zainal 3

Fazli bakal muncul dengan lagu baharu September ini.

"Nyawa kita ni bila-bila masa saja boleh pergi, jadi sekarang ini saya terpanggil untuk sebarkan segala kebaikan," ujarnya.

Meskipun belum sembuh sepenuhnya, Fazli memberitahu dia tetap meneruskan hasrat melancarkan single baharu berjudul Mantan Yang Terluka.

"Kita memang dah rancang nak lancar tahun ni cuma kebetulan sebulan lepas saya masuk hospital, jadi ini la waktu sesuai untuk keluarkan lagu.

"Kerjaya seni saya tak boleh berhenti... cuma saya masih teringat semasa di ICU dulu saya fikir ini lagu terakhir saya, Wallahualam," katanya.

Mantan Yang Terluka ciptaan Ajai dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya boleh didengari di semua platform digital bermula 10 September depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Fazli Zainal, pesakit Covid-19, ICU,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain