suria

Isteri tiba-tiba positif Covid-19 sebelum bersalin, Wan Nadji mohon doa - “Kalau teran mungkin oksigen tak sampai ke bayi, perlu buat pembedahan”

Isteri Wan Najdi akan dimasukan ke Hospital Sungai Buloh pada pagi Rabu.

BEKAS anggota kumpulan nasyid UNIC, Wan Najdi terkilan tidak dapat menyambut kelahiran anak keempat selepas isterinya, Dr. Nor Azreen Rahim, 30, disahkan positif Covid-19 pada Selasa.

Menurut Wan Najdi atau nama sebenarnya, Wan Najdi Wan Mohd Noh, 30, susulan keputusan tersebut isterinya yang kini sarat hamil sembilan bulan akan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada pagi Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah tak sempat nak sambut awak” - Najdi UNIC

"Isteri sepatutnya bersalin di Hospital Pakar An-Nur, Bangi sebab ketiga-tiga anak sebelum ini memang lahir di sana.

"Tapi pagi tadi (Selasa), bila dia buat ujian calitan untuk prosedur masuk hospital dan keputusan menunjukkan dia positif Covid-19... memang saya sedih sebab isteri tidak menunjukkan apa-apa simptom sebelum ini.

Perkongsian Wan Najdi di Instagram.

"Saya terkilan sebab tak dapat nak sama-sama dengan dia sambut kelahiran anak lelaki kami, sebelum ini pun anak kedua saya, lelaki juga... saya tiada di sisi dia sebab ada show di Thailand," katanya ketika dihubungi mStar.

Wan Najdi berkata, isterinya mungkin dijangkiti wabak itu di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan berikutan bertugas di sana.

Isteri buat ujian calitan untuk prosedur masuk hospital dan keputusan menunjukkan dia positif Covid-19.

WAN NAJDI

BEKAS AHLI KUMPULAN UNIC

"Kemungkinan besar isteri dijangkiti di situ sebab Port Dickson juga merupakan antara lokasi merah Covid-19 di negeri tersebut.

"Sekarang saya risau mengenai isteri, takut ada apa-apa komplikasi ketika dia melahirkan... saya harap orang ramai dapat mendoakan isteri dan anak saya supaya semuanya berjalan lancar dan selamat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Wan Najdi mengharapkan yang terbaik untuk isteri dan anak yang bakal dilahirkan.

"Saya harap isteri dapat melawan virus tersebut dan doktor ada cakap worst case kalau isteri teran takut oksigen tak sampai pada baby dan kemungkinan besar kena buat pembedahan... saya harap semuanya baik-baik sahaja nanti," katanya.

Sementara itu, Wan Najdi berkata dia dan tiga anaknya akan melakukan ujian calitan pada Rabu.

Wan Najdi berkahwin dengan Nor Azreen pada 2016 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Nur Maisarah, 5, Wan Musthofa, 3, dan Wan Nur Medina, 2 tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain