suria

Influencer nak jadi pelakon? Kena ‘hadam’ dulu pesanan Nabila Huda - “Kalau saya tak pandai berlakon... tak berani nak ambil watak utama”

Nabila Huda menasihati pendatang baharu untuk mengeluarkan sedikit wang untuk kelas lakonan

KEMUNCULAN pelakon baharu dalam kalangan influencer menjadi topik hangat netizen baru-baru ini, malah pelakon Nabila Huda memberi pandangannya agar pihak stesen televisyen menyediakan kelas lakonan kepada golongan itu.

Nabila, 37, berkata, pendatang baharu perlu mempunyai asas lakonan terlebih dahulu dan persediaan secukupnya sebelum memasuki set penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda positif Covid-19... hilang deria bau, batuk dan selsema - “Kerana nafsu dan keseronokan, orang tak bersalah jadi mangsa”

"Saya sarankan penerbit, kalau nak ambil influencer berlakon dan digandingkan dengan pelakon senior, bagi la mereka kelas lakonan, macam kami berlakon drama kena rehearsel dua bulan.

"Buat kelas online ke, sekurang-kurangnya asah bakat lakonan dahulu. Stesen TV suka ambil influencer sebab boleh promosi drama, kita tak kisah fasal berapa banyak followers dia.

Nabila Huda sarankan penerbt membuat kelas lakonan untuk pelakon baharu agar tidak kekok.

"Yang influencer ni pun kena la keluar duit untuk kelas lakonan, jadi bila masuk set mereka dah dalam keadaan yang bersedia dan tidak menyusahkan pelakon senior, ” katanya kepada mStar.

Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkongsi pandangannya mengenai perkara itu di sidang media drama Diva Popular yang diadakan secara maya pada Rabu.

Yang influencer ni pun kena la keluar duit untuk kelas lakonan, jadi bila masuk set mereka dah dalam keadaan yang bersedia dan tak menyusahkan pelakon senior.

NABILA HUDA

PELAKON

Sebelum ini, netizen pertikaikan kemunculan instafamous atau influencer diambil menjadi pelakon berdasarkan pengikut di Instagram biarpun tidak mempunyai bakat dalam lakonan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, pelakon filem M4M4 ini berkata mereka yang baharu dalam dunia lakonan perlu mendalami watak yang diberikan dan bukan hanya berniat menjadi terkenal.

"Bagi saya, pelakon baharu ni kena bagi mereka biasakan diri berada di depan kamera supaya nampak tak kekok dan bagi mereka beberapa pengalaman terlebih dahulu.

Pelakon baharu perlu diberi beberapa kali pengalaman belakon.

“Ia melibatkan maruah juga tau... tak kasihan ke tengok orang yang tak pandai berlakon ni jadi watak utama. Kalaulah saya, sebagai influencer yang baru dan tak pandai berlakon, saya tak berani nak ambil watak utama.

“Saya takkan ambil hanya untuk terkenal, yang penting perlu tahu betul ke pilihan yang nak dibuat tu? Atau pun buat latihan lakonan supaya berani bawa watak itu, ” ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain