suria

Shiha Zikir makin menjadi-jadi... tak menang tangan buat ‘job’ lakonan dan pengacaraan - “Dulu orang tak percaya lagi”

Shiha kini lebih aktif dalam dunia lakonan dan pengacaraan.

SEJAK akhir-akhir ini wajah Shiha Zikir agak kerap muncul dalam pelbagai program hiburan selain nyanyian.

Menurut Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, dia bersyukur kerana rezekinya makin mencurah-curah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Cerita Shiha sejak daripada itu dia berpeluang mengasah bakat dalam cabang seni yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir lega tiada lagi pihak pertikai kemampuannya bawa lagu Siti Nurhaliza - “Mereka dah boleh terima saya bawa lagu 7 Nasihat ikut cara tersendiri”

"Sebelum PKP pertama, saya memang nak terima tawaran berlakon... tapi ketika itu fokus saya pada nyanyian dan setiap hujung minggu ada show.

Shiha akui sebelum ini dia terpaksa tolak banyak tawaran berlakon.

"Boleh dikatakan setiap minggu saya ulang-alik dari Malaysia ke Indonesia. Banyak terima tawaran lakonan dan pengacaraan terpaksa saya tolak sebab jadual padat.

"Tapi ada hikmah apabila PKP, show nyanyian pun tak ada, jadi banyak tawaran lakonan yang saya dapat terima mengikut jadual saya. Mungkin sebab itu, tahun lalu dan tahun ini saya banyak muncul di TV," kata Shiha kepada mStar.

Penyanyi lagu Pipiyama ini berkongsi perkara itu ketika sidang media program realiti TV Luar Biasa yang diadakan secara maya pada Selasa.

Kalau dahulu memang susah nak dapat watak utama sebab mungkin orang tak percaya lagi.

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

Tambah penyanyi berusia 33 tahun ini, dia hanya akan menerima tawaran yang bersesuaian dengan jadualnya kerana tidak mahu menyusahkan pihak lain.

"Saya ini jenis tak suka menyusahkan pihak lain... jadi saya akan terima tawaran yang sesuai dengan jadual saya bukan pihak lain yang kena ikut jadual saya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Alhamdulillah... selepas Hantu Bonceng 2.0, saya terima lagi tawaran lakonan untuk watak utama.

"Kalau dahulu memang susah nak dapat watak utama sebab mungkin orang tak percaya lagi. Saya tak menafikan kena banyak belajar apabila tengok muka sendiri berlakon," ujarnya.

Shiha mula menyedari mengenai kepentingan mencarum dalam Perkeso.

Sementara itu bercerita tentang pembabitannya dalam program realiti TV Luar Biasa, Shiha berkata ia membuka matanya tentang kepentingan untuk mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Saya selalu ingat caruman Perkeso ini untuk pekerja pejabat saja. Tapi sebenarnya golongan seperti saya yang bekerja sendiri juga boleh mencarum. Jadi saya sudah mula mencarum.

"Saya juga nak ajak teman artis untuk mencarum kerana mula sedar tentang kepentingannya," kata Shiha.

Berkonsepkan bual bicara, Luar Biasa yang dihoskan Shiha bersama Norman Hakim mengetengahkan pengalaman individu hilang upaya kembali bekerja selepas mengikuti Program Return To Work (RTW) Perkeso.

Gandingan Shiha bersama Norman bagi menjayakan program TV Luar Biasa.

"Ada kisah yang saya ingat sampai sekarang iaitu mengenai seorang individu terlibat kemalangan jalan raya hingga terpelanting keluar kereta dan kemudian dilanggar lori.

"Namun dengan bantuan Perkeso, individu itu boleh terus bangkit meneruskan kehidupan penuh semangat. Jadi program ini wajib ditonton ramai kerana ia sangat menginsafkan dan beri pengajaran," katanya.

Program Luar Biasa menemui penonton setiap Jumaat pada pukul 9 malam, mulai 4 Jun di saluran Astro Prima (SD) dan Astro Prima HD.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita berang mentua melahap kek perkahwinan