suria

Simpati nasib keluarga terkesan ‘lockdown’, Puteri Sarah niat sedekah makanan tengahari - “Tolonglah DM saya... jangan malu-malu”

Puteri Sarah minta sesiapa yang mempunyai keluarga susah DM di Instagram.

DEMI membantu keluarga tidak berkemampuan, pelakon Puteri Sarah Liyana berniat untuk memberi makanan tengahari secara percuma sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.

Menurut Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, berkata, usaha itu merupakan kerjasama dengan peniaga Izdihar Rizkallah yang menajanya makanannya sepanjang menjalani kuarantin akibat positif Covid-19 pada Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah positif Covid-19, hilang deria rasa dan bau

Pelakon berusia 35 tahun meminta individu yang terkesan untuk menghubunginya secara peribadi di laman Instagram.



Puteri Sarah turut kongsi perkara itu di Instagram.

"Kerjasama dengan Izdihar Rizkallah tercetus semasa saya jalani kuarantin disebabkan positif Covid-19. Dia beri saya makanan untuk review dan saya lakukannya secara percuma.

"Masa itu, dia nak berikan makanan sepanjang 14 hari saya kuarantin tapi saya terfikir, daripada beri saya yang mampu lebih baik beri kepada golongan yang tidak berkemampuan. Dari situlah idea tercetus untuk bekerjasama dalam misi ini.

"Kalau saya dapat percuma, kenapa orang lain tak boleh? Jadi, saya nak bantu mereka yang susah sepanjang tempoh lockdown. Saya sudah kongsikan perkara ini di IG sejak dua hari lalu dan hanya beberapa orang sahaja yang DM," katanya kepada mStar.

Saya memang nak fokus kepada keluarga yang susah sepanjang tempoh lockdown ini.

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

Sebelum ini, isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof itu berkongsi mengenai tawaran makanan tengahari percuma untuk keluarga tidak berkemampuan di laman Instagram miliknya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Untuk rekod, Puteri Sarah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan ketiga pada 18 Mei lalu dan menjalani tempoh kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Sabarlah Duhai Hati ini memberitahu mereka sememangnya ingin memberi fokus utama kepada golongan susah sepanjang tempoh perintah berkurung.

Biarpun menyedari akan ada pihak yang mengambil kesempatan atau menipu namun Puteri Sarah enggan memikirkan perkara itu kerana sudah menyimpan niat untuk bersedekah.



Puteri Sarah mahu fokus golongan susah sepanjang tempoh lockdown.

"Saya memang nak fokus kepada keluarga yang susah sepanjang tempoh lockdown ini... jadi, saya nak paksa sesiapa saja yang mempunyai keluarga tidak berkemampuan di sekitar KL dan Selangor, tolonglah DM saya. Jangan malu-malu untuk DM.

"Hanya perlu DM saya sahaja... kalau nak hantar bukti seperti gambar pun boleh. Tapi saya tak kisah, sekiranya ada yang mengambil kesempatan atau menipu, terpulang kepada mereka kerana itu dosa mereka dengan Allah.

"Niat saya hanya ingin bersedekah dan membantu golongan yang susah sepanjang tempoh lockdown. Saya tahu ramai yang terkesan dengan keadaan sekarang ini. Kami sasarkan lebih kurang 10 keluarga dalam satu hari," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak