suria

Sudah 2 bulan selesai penggambaran, Neera Azizi kesal masih tak dapat bayaran dijanjikan - “Saya baru lepas pembedahan, nak jalan pun susah”

Neera cuma mengharapkan pihak produksi tersebut lunaskan bayaran tertunggak para pelakon.

TIDAK mampu lagi bersabar, pelakon Neera Azizi meluahkan kemarahan apabila tidak menerima bayaran daripada sebuah syarikat produksi biarpun sudah selesai kerja.

Neera atau nama sebenarnya, Nurazneera Azizi, 23, berkata, pihak produksi tidak menepati janji apabila gagal membuat baki bayaran biarpun sudah hampir dua bulan tamat penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dikecam kerana nyanyian, Neera Azizi tukar kerjaya jadi pramugari

"Ikutkan kontrak mereka (pihak produksi) akan bayar dua minggu selepas habis shoot... dan kami dah pun tamat penggambaran pada 12 April lalu.

"Ini dah nak habis raya pun mereka masih belum lunaskan lagi baki bayaran... bila kita mesej atau call, mereka tidak balas atau angkat panggilan.

Neera baharu sahaja menjalani pembedahan di bahagian tulang pinggul disebabkan kecederaan masa lalu.

"Sebab itulah saya naikkan status macam itu di laman sosial... tak sampai beberapa minit, baru mereka nak call saya," katanya kepada mStar.

Tambah Neera, pihak berkenaan meminta dia untuk datang ke pejabat pada Isnin bagi menyelesaikan masalah itu.

Bagaimanapun, dia tidak dapat berbuat demikian berikutan baru sahaja selesai menjalani menjalani pembedahan pinggul pada Ahad lalu.

Tak baiklah mereka buat kami macam ini... kami hanya minta duit kerja yang telah kami lakukan, bukannya minta sedekah.

NEERA AZIZI

PELAKON

"Lepas dapat call tu, mereka seolah-olah ugut saya suruh datang ke pejabat mereka pada Isnin lalu... saya cakaplah kalau untuk bergaduh saya tak nak datang.

"Mereka cakap kalau tak datang pada hari itu juga, takkan dapat cek... tak bolehlah macam itu. Sepatutnya mereka boleh sahaja transfer atau guna mesin cheque deposit.

"Lagipun saya baharu sahaja jalani pembedahan pada bahagian tulang pinggul pada Ahad lalu, nak jalan pun susah sekarang," jelasnya lagi.

Neera turut bersuara bagi pihak pelakon lain.

Menurut Neera, dia turut mewakili rakan-rakan pelakon yang lain yang turut menuntut hak mereka daripada pihak berkenaan.

"Kalau ikutkan saya bersuara bukan untuk diri saya sahaja, sebaliknya untuk rakan artis yang lain juga sebab saya jenis kalau marah memang saya marah betul.

"Tak baiklah mereka buat kami macam ini... kami hanya minta duit kerja yang telah kami lakukan, bukannya minta sedekah," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Susulan itu, Neera berkata dia akan terus mengejar pihak terbabit agar tidak sesekali lepas tangan daripada melunaskan hutang mereka terhadap pelakon yang telah menjayakan drama bersiri tersebut.

"Sekarang ini setiap hari saya akan cuba get back dengan mereka untuk tahu bagaimanapun status bayaran kami.

"Dah hampir dua bulan tak dibayar... bukannya saya yang berhutang dengan mereka, tapi mereka yang berhutang dengan saya.

"Saya juga diberitahu pihak produksi pun tidak tidak bayar katering serta kru teknikal lain... memang saya dah serik dan tidak akan berlakon lagi di bawah produksi ini," luahnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain