suria

[VIDEO] Tak jadi sambut ‘birthday’ anak di hotel, Anzalna seronok buat parti dengan anak yatim secara ‘online’

Anzalna seronok kongsi kegembiraan dengan anak yatim.

USAHA pelakon Anzalna Nasir memberikan keceriaan buat anak-anak yatim dalam menyambut ulang tahun kedua kelahiran anak tunggalnya, Mohamad Eidrees pada Isnin dipuji ramai.

Menurut Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir, 33, dia dan suami, Hanif Zaki sekadar mahu berkongsi kegembiraan dan kasih sayang dengan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Qaseh, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut anak berdepan risiko Covid-19, Anzalna Nasir tolak tawaran berlakon - “Keadaan tak sesuai, saya rela duduk rumah”

"Pada mulanya, kami merancang untuk adakan majlis sambutan ulang tahun Eidress di sebuah hotel tetapi disebabkan PKP, kami tunda dahulu plan itu.

"Tapi kami nak juga buat sambutan untuk Eidrees, saya dan suami berbincang memandangkan kami memang rapat dengan mereka (anak-anak yatim Nur Qaseh), jadi kami nak berkongsikan kegembiraan dengan mereka sekali.

Anzalna gembira dapat berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim Nur Qaseh.

"Budak-budak suka kek, aiskrim dan belon itu yang kami terfikir untuk buat majlis dengan mereka sama-sama tolong doakan Eidrees. Semalam (Isnin), saya dan suami hanya hantar makanan dan belon dan kami sama-sama sambut secara online dengan mereka," katanya kepada mStar.

Anzalna berkata tujuannya berkongsi video tersebut bukan bertujuan untuk mendapat pujian sebaliknya untuk sama-sama mengajak pengikutnya agar tidak melupakan golongan memerlukan lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.

Saya dan suami berbincang memandangkan kami memang rapat dengan mereka (anak-anak yatim Nur Qaseh), jadi kami nak berkongsikan kegembiraan dengan mereka sekali.

ANZALNA NASIR

PELAKON

"Sebenarnya, saya dan suami tak berharap pun orang puji... sebaliknya untuk mengajak orang ramai jangan lupa golongan memerlukan.

"Sekiranya ada rezeki lebih, kita jangan lupa untuk berkongsi. Alhamdulillah, semua komen positif yang saya terima, tiada pula yang kata saya nak show off atau apa.

"Saya percaya setiap kali kita memberi, tidak akan putus rezeki kita, insyaAllah," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, berkongsi tentang aktivitinya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini, pelakon drama Dendam Aurora berkata dia banyak menghabiskan masa dengan Eidrees memandangkan anaknya itu kini sudah semakin aktif.

"Sekarang setiap hari ada sahaja aktiviti yang saya buat dengan Eidrees... ada ketika saya buat aktiviti melukis, mewarna dan berenang dengan dia.

Anzalna kini memberikan fokus sepenuhnya terhadap Eidrees.

"Selain itu, saya juga ada juga berborak dengan Eidrees guna Bahasa Perancis, saya boleh bertutur dalam bahasa itu, rugi pula kalau tak ajar dia.

"Bagi saya, kalau boleh saya nak anak saya kuasai pelbagai bahasa yang ada kerana ia merupakan satu kelebihan untuk seseorang kalau dia tahu bertutur banyak bahasa asing... kalau boleh saya nak dia tahu lebih daripada tiga bahasa," ujar Anzalna.

Anzalna berkahwin dengan ahli perniagaan Mohamad Hanif Zaki, 33, pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Eidrees yang genap berusia dua tahun pada Isnin.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain