suria

Sudah berusia 16 tahun, anak dara Ariel Noah tiba-tiba jadi perhatian.... dipuji miliki pesona bintang seperti bapa

Ariel Noah mempunyai seorang anak perempuan, Alleia Anata.

BIARPUN usianya sudah mencecah 40 tahun, namun ketampanan wajah vokalis Noah, Ariel masih lagi menjadi dambaan para peminatnya terutama dalami kalangan wanita.

Tidak hairanlah apabila media Indonesia memberikan gelaran Lady Killer buat pemilik nama sebenar Nazril Irham ini.

Terbaharu, peminat turut memuji kecantikan asli yang dimiliki anak perempuan Ariel yang semakin meningkat dewasa, Alleia Anata Irham yang kini sudah berusia 16 tahun.

Alleia merupakan anak tunggal Ariel hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Sarah Amalia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Walaupun Ariel jarang berkongsikan gambar puterinya itu di laman sosial, namun ibu saudara Alleia, Aliy Latief kerap berkongsikan perkembangan terbaharu gadis tersebut di Instagramnya.

Rata-rata peminat mengatakan Alleia turut mempunyai pesona bintang seperti bapanya dan mungkin boleh meneruskan legasi Ariel dalam bidang hiburan selepas ini.

"Bakal pengganti Ariel ni nanti, semoga terus sukses Alleia.

"Alleia ku sayang makin cantik sekarang.

"Ini bakal calon idola anak saya nanti," tulis netizen. - Sosok.ID

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain