suria

Nabila Huda positif Covid-19... hilang deria bau, batuk dan selsema - “Kerana nafsu dan keseronokan, orang tak bersalah jadi mangsa”

Nabila beri gambaran dirinya menjadi mangsa disebabkan kecuaian orang lain.

SELEPAS pelakon Nora Danish dan Tiz Zaqyah disahkan positif Covid-19 pada minggu lalu, kini giliran aktres Nabila Huda pula dijangkiti wabak tersebut.

Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil menerusi laman Instastory miliknya pada Rabu memuat naik beberapa status memberi gambaran dirinya menjadi mangsa kedegilan orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish, Tiz Zaqyah pula positif Covid-19, mohon kontak rapat buat ujian calitan

Akui perlu reda dengan apa yang terjadi, pelakon berusia 37 tahun ini menganggap jangkitan tersebut disebabkan kecuaian orang yang tidak bertanggungjawab.



Nabila memuat naik beberapa status di Instastory.

"Kalau tak ada sebab nak keluar, duduk rumah diam-diam. Disebabkan degil, orang yang tak bersalah jadi mangsa. Kesakitan yang datang berpunca dari kepentingan dan kecuaian orang lain ini dipanggil teraniaya.

"Kita kena reda dengan qada dan qadar. Ini bukan kena reda, ini adalah penyakit yang dicari atas kedegilan sendiri. Kesakitan yang ditanggung kerana kedegilan dan kepentinagn orang lain sudahlah kesakitan yang amat menyakitkan.

"Kerana nafsu dan keseronokan, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa. Jangan memainkan mangsa dengan keadaan yang anda cipta," tulis Nabila.

Disebabkan degil, orang yang tak bersalah jadi mangsa.

NABILA HUDA

PELAKON

Sebelum ini, bapa kepada pelakon itu iaitu penyanyi Amy Search mengesahkan Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi dijangkiti Covid-19.

Menerusi laporan Astro Gempak, Amy memberitahu pelakon drama siri Covid Oh Covid itu sudah mengalami beberapa simptom antaranya hilang deria bau, batuk dan selsema.

Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 63, keluarganya serta anak dan suami Nabila tidak dijangkiti wabak tersebut.



Sebelum ini, Nora dan Tiz disahkan positif Covid-19.

Pada Selasa, Nabila memuat naik status ucapan kelahiran anaknya Keisha Laila yang ke-11 tahun di Instagram dan turut meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menyambut raya bersama keluarganya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Nabila mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izwan Johar pada 25 Disember 2015 dan aktres itu mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Keisha Laila menerusi perkahwinan pertama.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain