suria

Dikecam tiru BTS... kumpulan adik Chubb-E, Unknown syukur kewujudan mereka disedari

Unknown turut dianggotai adik Chubby-E, Momo dan empat orang anak muda.

LAGU pertama pun belum dilancarkan namun kumpulan yang dianggotai lima anak muda lelaki yang dikenali sebagai Unknown sudah menerima kecaman dan kritikan netizen di laman sosial.

Menurut salah seorang anggota Unknown iaitu Momo atau nama sebenarnya Muhammad Shazrul Affandy, terdapat segelintir netizen menuduh mereka seakan-akan ingin meniru kumpulan K-Pop terkenal, BTS dan Big Bang.

ARTIKEL BERKAITAN: Disamakan dengan tukang cuci, Chubb-E tak terasa hati dengan Diva AA - “Kenapa saya nak kena peduli apa orang kata?”

Bagaimanapun jejaka berusia 19 tahun ini memberitahu dia dan empat orang anggota lain mengambil kecaman tersebut secara positif dan menganggap ia sekali gus membuatkan kumpulan mereka dikenali.



Unknown ditubuhkan pada Oktober tahun lalu.

"Ikutkan kami belum lagi keluarkan single pertama tapi dah ada ramai orang sedar kewujudan kumpulan ini. Ada segelintir netizen yang kecam tanpa mengetahui lebih info mengenai kami.

"Ada yang bandingkan kumpulan kami dengan BTS la... Big Bang la. Tapi bagi saya, tak kisah la nak kecam asalkan mereka tahu tentang kami. Nanti bila dah keluar single pertama, mereka dah kenal kami.

"Saya ambil kecaman mereka itu secara positif... ikutkan sebenanrya kami bukanlah seperti kumpulan K-pop dan lagu yang bakal kami lancarkan pun tidak seperti lagu K-Pop," katanya kepada mStar.

Ada segelintir netizen yang kecam tanpa mengetahui lebih info mengenai kami.

MOMO

ANGGOTA UNKNOWN

Selain Momo, kumpulan itu turut dianggotai oleh empat anak muda iaitu Ameer Nor Azam (18), Izmeer Ibrahim (18), Awangku Zaq Amirul (17) dan Adam Hafidh (19).

Unknown ditubuhkan pada Oktober tahun lalu selepas melalui uji bakat yang diadakan oleh anggota kumpulan Ruffedge iaitu Azan pada July tahun lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Momo yang juga adik kepada penyanyi dan pelakon terkenal Chubb-E mengakui dia tidak mahu menggunakan populariti abangnya untuk berada di dalam industri muzik.

"Sebenarnya saya jarang mengaku saya adik Chubb-E. Saya nak orang pandang saya sebagai Momo bukan adik Chubb-E. Bukan sebab saya benci abang sendiri tapi biarlah orang kenal diri saya.



Momo tidak mahu dikenali sebagai adik Chubb-E.

"Saya memang tak beritahu orang pun fasal hubungan kami. Tapi kalau ada orang jenis selidik dan tengok posting saya di Instagram beberapa tahun lalu, mereka akan tahu.

"Saya sebenarnya sangat berbangga dengan abang saya sebab saya nampak macam mana dia bekerja keras untuk mencapai kejayaan seperti sekarang ini. Dia pun banyak memberi nasihat kepada saya.

"Antara nasihat dia, kalau dah masuk industri muzik kena jaga adab dan bila berjumpa orang, jangan sombong. Insya-Allah saya akan ikut pesanan dan nasihat dia," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain