suria

Tak boleh ziarah raya... Aliff Syukri kecewa sebab dah tempah seekor lembu dan 5 ekor kambing untuk jamu pekerja

Aliff sudah membuat persiapan juadah untuk dijamukan kepada pekerjanya.

SELEPAS kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia pada Isnin, ramai rakyat meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Malah usahawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Aliff Syukri turut berdukacita dengan perkhabaran tersebut memandangkan dia sudah membuat persiapan juadah raya untuk tetamu.

ARTIKEL BERKAITAN: PM umum PKP seluruh negara, ziarah Aidilfitri tak dibenarkan

Kata ahli perniagaan berusia 34 tahun ini, dia sudah menempah seekor lembu dan lima ekor kambing untuk menjamu pekerjanya terutama bujang yang tidak dapat pulang beraya di kampung.

Kami dah patuh SOP tak kemana-mana pun selama PKP ni selain urusan kerja.

ALIFF SYUKRI

USAHAWAN

"Saya sedih sangat waktu Hari Raya Aidilfitri pula nak PKP? Kami dah patuh SOP tak kemana-mana pun selama PKP ni selain urusan kerja. Saya dah beli banyak lauk-pauk nak jamu tetamu yang nak bertandang ke rumah saya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Terutama pekerja-pekerja saya yang duduk bujang tak dapat balik kampung. Lembu seekor, kambing lima ekor... tiba-tiba dapat pengumuman tak dibenarkan langsung ada ziarah raya. Sedih tau," kata Aliff

Penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini berkongsi luahan kesedihannya itu menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Rata-rata netizen turut berkongsi perasaan yang sama dengan Aliff namun segelintir mereka juga menyarankan usahawan itu untuk menyumbangkan juadah itu kepada golongan yang memerlukan.



Aliff berkongsi kesedihannya di Instagram.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perlaksaan PKP di seluruh negara bermula 12 hingga 7 Jun depan.

Sehubungan dengan pelaksanaan tersebut, ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Dalam pada itu, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman yang juga seorang penyanyi ini turut berkongsi lirik lagu raya nyanyinya berjudul Lala Raya.

"Yang di rantauan tak dapat pulang, rindukan kampung halaman tercinta, Covid pun datang tanpa diundang, PKP pula berulang-ulang... korang sambung la saya sedih tak boleh nak sambung nyanyi," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain