suria

Izara Aishah tak terfikir berhenti berlakon cuma belum sedia tinggalkan anak - “Tidak yakin untuk ambil pembantu rumah”

Izara

PELAKON Izara Aishah memberitahu dia tidak pernah terfikir untuk berhenti berlakon selepas melahirkan puteri sulungnya, Irisa Alaia pada April tahun lalu.

Biarpun menerima banyak tawaran, namun Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham hanya akan kembali aktif dalam dunia lakonan selepas anaknya memahami tentang kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah bingung ramai ‘Instafamous’ dah jadi pelakon - “Stesen TV semakin tiada bajet sebab Covid-19 ke?”

Menurut pelakon berusia 29 tahun ini, buat masa kini dia masih belum ada keyakinan untuk mengambil mana-mana pembantu rumah atau penjaga untuk menguruskan anaknya.



Izara bersama suami dan anaknya.

"Saya tak pernah terfikir untuk berhenti berlakon. Saya cuma nak tunggu sehingga dia boleh faham (kerja). Bila dia dah besar dan faham, barulah saya akan mula bekerja.

"Sebenarnya saya dah banyak terima tawaran tapi saya terpaksa tolak dahulu sebab tak bersedia nak tinggalkan baby. Saya pun tak upah pembantu rumah... tak ada siapa nak jaga baby dan saya memang jaga sendiri.

"Ikutkan saya sudah bersedia nak ada pembantu rumah tapi saya belum ada keyakinan untuk letakkan kepercayaan kepada mereka lagi. Kalau ada maid pun, dia hanya kemas rumah sahaja," katanya kepada mStar.

Sejak ada baby ini, banyak saya belajar terutama dari segi kesabaran.

IZARA AISHAH

PELAKON

Untuk rekod, Izara mendirikan rumah tangga dengan anak tiri kepada penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid pada 17 November 2017.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Irisa Alaia pada 15 April tahun lalu.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Ombak Rindu The Series ini mengakui banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupannya selepas kelahiran Irisa Alaia.

Dia turut akui bukan mudah untuk menjaga bayi yang masih kecil, namun Izara tetap seronok menjadi seorang ibu dan kini dalam proses untuk menyesuaikan diri.



Izara masih menyesuaikan diri sebagai seorang ibu.

"Sejak ada baby ini, banyak saya belajar terutama dari segi kesabaran. Bagi saya, banyak perubahan dari semua benda... suami, kawan, keluarga, baby dan keadaan rumah kena jaga.

"Seronok ada baby... tapi saya cuba untuk menyesuaikan diri sebab bukan senang nak jaga baby. Sampai saya pun, susah nak jaga diri sendiri. Sekarang ini, saya baru nak mencari diri saya dahulu.

"Sebab saya jadi malas nak bersiap tapi dia pun dah besar dan perlahan-lahan saya tengah belajar balik tentang solekan," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain