suria

Syasya Dolla pernah terima ugutan bunuh selepas dikecam tiru gaya rambut Lisa Blackpink

Syasya semakin matang dengan asam garam kehidupan anak seni.

PERNAH dikecam teruk peminat Blackpink sejak awal kemunculannya, ahli kumpulan Dolla, Syasya semakin matang dalam berhadapan dengan asam garam bergelar seorang artis.

Menurut Syasya atau nama sebenarnya, Noorsyasya Afiqah Sharizal dia kini mengambil pendekatan menutup notifikasi di laman media sosial agar ia tidak menganggu kesihatan mentalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak mahu dikaitkan dengan Blackpink tapi nyanyi lagu mereka... orang tak tahu cerita sebenar!” - Dolla jelaskan sebab bawa lagu 'Lovesick Girls' di ABPBH33

Langkah diambil penyanyi berusia 20 tahun itu berikutan sebelum ini dia pernah menerima ugutan bunuh daripada peminat fanatik kumpulan Kpop popular Blackpink.

Syasya dikecam peminat kumpulan Kpop itu kerana penampilannya dikatakan meniru salah seorang anggota Blackpink iaitu Lisa.

Di awal kemunculan, Dolla dikatakan meniru imej kumpulan Kpop popular, Blackpink.

"Hanya disebabkan rambut saya ada bangs, ramai samakan saya dengan Lisa.

"Bila ramai samakan macam itu, peminat Blackpink tak suka sampaikan ada satu ketika saya pernah terima ugutan bunuh.

"Dia hantar gambar pisau dengan darah serta macam-macam lagi hate comments sehingga menyebabkan saya jadi murung pada ketika itu," katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Syasya ditemui pada majlis pelancaran single raya Dolla berjudul Raya Raya Raya yang berlangsung di RexKL, baru-baru ini.

Enggan terus membiarkan perkara itu mengganggu dirinya, Syasya mendapatkan nasihat daripada ibu bapa dan syarikat pengurusan yang meminta dirinya tidak mengendahkan komen-komen negatif tersebut.

Bila ramai samakan macam itu, peminat Blackpink tak suka sampaikan ada satu ketika saya pernah terima ugutan bunuh.

SYASYA

AHLI KUMPULAN DOLLA

"Memang banyak hate comments yang saya dapat tapi lama-lama saya dah jadi biasa. Kalau lagi kita melayan, lagi teruk jadinya.

"Mereka lagi suka kalau kita stres... sebab itu sekarang saya dah mute semua notifikasi di media sosial, memang saya dah tak baca langsung!" katanya.

Selain Syasya, Dolla turut dianggotai Sabronzo, Tabby dan Angel. Mereka kini tampil dengan single Raya Raya Raya yang diterbitkan oleh Universal Music Malaysia.

Dolla dianggotai (dari kiri) Tabby, Angel, Syasya dan Sabronzo.

"Kami tak sangka dapat buat lagu raya dan sangat bersyukur walaupun masih lagi baharu kami dah diberikan peluang untuk ada lagu raya sendiri.

"Pengalaman merakamkan muzik video juga sangat menyeronokkan kerana kami semua berpakaian seperti di era retro dan lagu ini juga sangat catchy seperti mana imej yang dibawakan oleh kumpulan Dolla," kata Sabronzo mewakili rakan-rakannya.

Raya Raya Raya kini boleh didapati di semua aplikasi penstriman muzik.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain