suria

Raees Zander nama cahaya mata Tasha Shilla, kongsi wajah anak selepas 7 hari dilahirkan

Rumah tangga Tasha dan Atiq diserikan dengan kehadiran anak lelaki yang dilahirkan pada 12 Ramadan lalu.

GENAP seminggu melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Tasha Shilla mendedahkan wajah dan nama anak lelakinya buat tatapan umum.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Tasha atau nama sebenar, Natasha Sheila Abdul Razak, 34, memuat naik gambar anaknya yang diberi nama Raees Zander.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah, Tasha Shilla kini bergelar ibu, selamat bersalin anak lelaki

"Syukur Alhamdulillah, sempena hari ketujuh kelahiran anak saya dan suami, kami ingin perkenalkan Raees Zander Muhammad Atiq.

"Saya memohon dengan keberkatan agar kalian semua tolong doakan untuk dia semoga menjadi anak yang soleh.

Perkongsian Tasha di laman Instagram.

"Penyejuk mata hati ibu dan ayahnya, beri dia ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya, dilimpahi rezeki yang luas dan halal," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tasha selamat melahirkan Raees Zander di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur pada 24 April lalu.

Pelakon filem Bravo 5 ini mendirikan rumah tangga dengan pakar kewangan, Muhammad Atiq pada 28 Februari tahun lalu di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain