suria

Giliran Azhan Rani pula ‘sound’ Zed Zaidi - “Selama ni aku dah bangga dah dia berlakon Sembilu”

Azhan Rani memuat naik semula kenyataan Zed Zaidi di Instagram.

KENYATAAN Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi yang mendakwa drama siri tempatan gagal berada dalam stesen TV Indonesia disebabkan tahap kualiti yang dianggap 'syok sendiri' turut mengundang kemarahan pelakon Azhan Rani.

Malah Azhan menerusi laman Instagram miliknya turut berkongsi paparan skrin waktu tayangan terbaharu drama siri lakonanya Nur yang sebelum ini siarannya ditarik semula selepas episod pertama.

ARTIKEL BERKAITAN: Siaran ‘Nur’ di Indonesia disambung semula bermula esok... Shahrulezad bidas komen Zed Zaidi label drama Melayu ‘syok sendiri’

"Acik presiden tu kata drama aku berlakon tu syok sendiri. Tapi kenapa ada jadual baru tayangan Nur sekarang ni kat sana setelah ditayangkan dua pagi. Tayang di dua stesen TV pula tu.



Azhan kongsi waktu siaran baharu drama Nur di Indonesia.

"Memang ada orang berlakon sebab nak glamour. Tapi bukan semua pelakon macam tu. Nawaitu kita berbeza. Kekdahnya (kaedahnya) tak ada siapa buat drama #Nur ni untuk tayangan indonesia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tak ada siapa suruh jual ke sana... yang paling penting kalau gah sangat drama tu kat sana pun, tuan president tu nak berjuang ke hak aku yang kena bayar keahlian Seniman yang setakat menang tepuk saja ni," katanya.

Sebelum itu, Shahrulezad membidas kenyataan Zed Zaidi dengan mengatakan karya yang dihasilkan bukan semata-mata untuk kepuasan diri sebaliknya atas permintaan peminat drama Melayu.

Kekdahnya (kaedahnya) tak ada siapa buat drama #Nur ni untuk tayangan indonesia.

AZHAN RANI

PELAKON

Tegas Shahrulezad, dia tidak pernah memaksa mana-mana stesen TV untuk membeli drama Nur, malah keputusan untuk menarik semula tayangan di Indonesia itu pun bukan atas permintaannya.

Sementara itu, Shahrulezad turut mengatakan semua stesen TV tempatan termasuklah kerajaan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sepatutnya bekerja keras untuk mengeksport drama Malaysia ke luar negara bukan membawa masuk karya dari luar.

Shahrulezad juga menganggap kenyataan yang dikeluarkan Zed Zaidi itu tidak berasas dan hanya menjawab soalan daripada wartawan tanpa pengetahuan info sebenar.



Drama lakonan Azhan itu turut dibintangi oleh Noor Khiriah.

Dalam pada itu, Azhan mengakui perasaan bangga melihat lakonan Zed Zaidi menerusi filem Sembilu hilang disebabkan kenyataan yang dikeluarkan aktor tersebut.

"Selama ni aku dah bangga dah dia berlakon Sembilu. Bila dia yang jadi sembilu terus aku tak bangga dah lagi. Apooo!" ujar Azhan.

Selepas dihentikan tayangan pada episod pertama, drama Nur lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli kembali bersiaran di stesen televisyen Indonesia bermula Sabtu.

Malah lebih membanggakan, menurut pengarahnya, drama itu akan disiarkan oleh dua stesen televisyen negara seberang itu iaitu MNCTV dan Muslim TV.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain