suria

[VIDEO] Intan Ladyana kini sah isteri Harris Alif, akad nikah berlangsung ikut SOP di Jawi

PASANGAN selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 10 pagi, Jumaat.

Acara akad nikah Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya dan suaminya disempurnakan Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum selaku jurunikah dan juga wakil wali.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Ladyana, Harris Alif hitung hari jadi suami isteri, majlis nikah Jumaat ini ikut SOP - “Harapnya tiada sebarang perubahan saat akhir”

Menurut Harris, mereka sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Sabtu namun terpaksa diawalkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun Harris dan Intan meluahkan rasa lega serta bersyukur apabila acara pernikahan mereka berjalan dengan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP).



Intan dan Harris dinikahkan di pejabat Jawi.

"Alhamdulillah... saya sangat bersyukur selepas selesai acara akad nikah. Memang agak susah juga nak buat majlis waktu PKP ini. Sepatutnya kami nikah pada 6 Februari tapi diawalkan bagi mengikut jadual pihak Jawi.

"Acara nikah kami mengikut SOP dan Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum akad nikah itu, saya rasa tenang saja tapi bila dah duduk nak lafaz akad tu mula rasa gementar," kata Harris kepada mStar.

Bagaimanapun, pasangan tersebut masih mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis resepsi mereka.

Acara tersebut turut hadir dan menyaksikan penyatuan Harris dan Intan adalah Pendaftar Nikah, Cerai, Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Nasir Abdullah.

Alhamdulillah... saya sangat bersyukur selepas selesai acara akad nikah.

HARRIS ALIF

PENGACARA

Pada majlis itu, Harris, 22, menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.

Manakala barangan hantaran iaitu sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki tidak dibawa bersama sebagai mematuhi SOP ditetapkan.

Pada majlis terbabit, kedua pasangan mempelai ini nyata berseri-seri menyarung busana daripada Hatta Dolmat dan Epul Senitravision.

Menerusi sidang media itu juga, Harris mendedahkan majlis merisik sudah dilakukan pada Julai tahun lalu, sebulan selepas ulang tahun kelahiran Intan.



Cincin berlian pemberian Harris kepada isterinya.

Sementara itu, Intan berkongsi perjalanan hubungan mereka dipermudahkan dari awal perkenalan dan paling penting, keluarga kedua-dua belah pihak sangat positif serta merestui hubungan mereka.

Menerusi laporan mStar pada 27 Mei tahun lalu, Harris mengakui sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berusia 38 tahun itu.

Pengacara program Generasi Z itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

mStar kini di TikTok

@mstarmalaysia

Tahniah Intan & Harris! Foto credit: IG @fillea_studio ##mstar ##mstartiktok ##fyp ##HarrisIntan

Selamat Pengantin Baru - Puan Sri Saloma

Artikel Berkaitan

Artikel Lain