suria

Hetty Sarlene selamat lahir bayi lelaki selepas 16 jam bertarung nyawa - “Segala kesakitan akhirnya terubat melihat dia selamat”

Hetty Sarlene berkongsikan foto dan nama anaknya, Landon Alexander Oakes.

PELAKON dan penyanyi kelahiran Singapura, Hetty Sarlene selamat menimang cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di Singapura pada petang Khamis.

Hetty atau nama sebenarnya Hetty Sarlene Abdul Hamid, 36, menerusi laman sosialnya pada Jumaat berkongsi wajah bayi berkenaan dan memberitahu mereka berada dalam keadaan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Hetty Sarlene hamil anak pertama selepas empat tahun berkahwin - “Setiap keajaiban ambil masa untuk tiba”

"Kami (Hetty dan suami) mahu memperkenalkan putera kacak kami, Landon Alexander Oakes.

"Segala kesakitan dan tidak tidur malam akhirnya terubat apabila melihat dia selamat dilahirkan ke dunia," katanya.

Perkongsian Hetty di laman Instagramnya.

Hetty turut berkongsikan dia bertarung selama 16 jam dalam bilik bersalin selain mengalami kontraksi yang agak teruk sebelum melahirkan anak sulungnya itu.

Segala kesakitan dan tidak tidur malam akhirnya terubat apabila melihat dia selamat dilahirkan ke dunia.

HETTY SARLENE

PENYANYI, PELAKON

"Saya mengalami kontraksi selama hampir 16 jam dan dua ke tiga minit kontraksi yang teruk, muntah-muntah dan teran namun ia semua berbaloi deminya," katanya.

Bekas peserta program Gegar Vaganza musim kelima itu berkahwin dengan lelaki British, Daniel Oakes atau Dani Aaqil pada 23 Julai 2016.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Royal Palm @ Clarke Quay, Singapura.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain