suria

Bahiyya Haneesa akui 'tumpang' populariti lagu Peluang Kedua untuk lebih dikenali

Bahiyya Haneesa mempertaruhkan muzik bergenre acapella.

POPULARITI lagu Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali sememangnya tidak dapat dinafikan apabila ia berjaya mencipta fenomenanya yang tersendiri.

Kekuatan karya ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu turut menarik minat kumpulan acapella, Bahiyya Haneesa untuk tampil memberi nafas baharu terhadap lagu tersebut.

Kumpulan ini berharap selepas membawakan lagu berkenaan, muzik acapella yang mereka bawakan lebih dikenali umum.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ya... saya akan nyanyi” - Nabila Razali tolak tawaran berlakon untuk persiapan AJL35

"Kami pilih lagu ini sebab sekarang memang tengah popular dan boleh dikatakan budak kecil pun hafal.

"Jadi kami gunakan kelebihan ini untuk berikan semua pendengar sedikit kelainan.

Lagu Peluang Kedua turut menampikan penyanyi rap MK.

"Pendengar boleh nyanyi dengan melakukan harmoni sekali dan bukan semata-mata menyanyikan liriknya sahaja," kata mereka kepada mStar.

Bahiyya Hanessa dianggotai lapan ahli kumplan iaitu Wafa Amira (Wafa), Waheeda Batrisyia (Bon), Nurul Amaninah (Nina), Nor Suhaida (Suha), Nor Afiqah (Afi), Nur Fatin (Fatin), Saidatul Syahirah (Syasya) dan Siti Nabilah (Bella).

Kami pilih lagu ini sebab sekarang memang tengah popular dan boleh dikatakan budak kecil pun hafal.

BAHIYYA HANEESA

PENYANYI

Kumpulan ini juga pernah menarik perhatian ramai apabila menyanyikan semula (cover) lagu popular kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink iaitu Kill This Love.

Mengakui genre muzik acapella masih belum mesra telinga di kalangan peminat muzik tempatan, Bahiyya Haneesa berharap dengan lagu Peluang Kedua versi mereka dapat menarik minat penggemar muzik di luar sana.

"Kami akur dan tahu genre acapella masih terlalu kurang mesra atau boleh dikatakan asing di telinga pendengar Malaysia. Namun, pastinya ada pengikut serta penggemar untuk genre sebegini.

"Kami harap semua suka dengan lagu yang diberikan nafas baharu ini dan seronok dengan kelainan yang kami tampilkan," ujar mereka lagi. Peluang Kedua versi Bahiyya Haneesa kini boleh didapati menerusi semua platform penstriman muzik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain