suria

“Sebab itu saya tanya” - Sweet Qismina tiada niat salahkan guru, minta maaf jika ada cikgu 'panas hati' isu pulang buku teks sekolah

Sweet Qismina menjelaskan mengenai isu pemulangan buku teks di sekolah adiknya.

TINDAKAN pelakon Sweet Qismina menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai sistem pemulangan buku teks sekolah adiknya baru-baru ini telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

Tampil membuat permohonan maaf, Sweet berkata luahannya itu bukan bertujuan menyalahkan mana-mana pihak terutamanya guru.

Sebaliknya, dia hanya mempersoalkan mengenai sistem pemulangan buku teks di sekolah adiknya yang kurang praktikal dan tidak selaras dengan sekolah lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara sering tayang kebahagiaan, Sweet Qismina dan Adam Lee disangka sudah berkahwin - “Not yet tapi akan datang... Insya-Allah”

"Untuk cikgu-cikgu, saya minta maaf jika kapsyen sebelum ini membuatkan cikgu terasa. Saya ada balas satu komen seorang guru dan memberitahu saya tidak menyalahkan cikgu.

"Sebab itu saya bertanya semua sekolah macam ni ke? Kalau ya, kenapa ada yang kata sekolah dia tak sama. Itu adalah satu soalan. Saya tag Kementerian Pendidikan untuk lakukan sesuatu dan bukan cikgu.

Sweet Qismina minta maaf jika ada guru terasa hati dengan luahannya baru-baru ini.

"Isunya orang tua yang ada risiko tinggi dan yang tak larat nak pergi (sekolah) kerana ada yang mengadu dekat saya kerana peraturan di sekolah adik saya yang tegas... bayangkan saya penjaga ni pun tak bagi masuk!” katanya.

Pelakon drama Bidadari Salju ini menjelaskan mengenai aduannya itu menerusi Instagram pada Rabu.

Saya masih dengan pendirian saya tapi bukanlah niat nak menyalahkan cikgu. Saya harap anda faham perkara ini.

SWEET QISMINA

PELAKON

Pada Selasa lalu, Sweet menulis luahan tidak puas hati dengan sistem pengambilan dan pemulangan buku teks oleh pihak sekolah adiknya kerana hanya membenarkan ibu bapa dan penjaga sahaja yang boleh mengambil dan memulangkan buku teks.

Dia terpanggil bersuara tentang hal tersebut semasa mengambil buku teks sekolah kepunyaan adiknya yang berusia 17 tahun dan sepatutnya sudah boleh dilakukan sendiri tanpa perlu kehadiran ibu bapa.

Sweet Qismina meluahkan rasa tidak puas mengenai sistem pemulangan buku sekolah adiknya.

Ini kerana tidak semua ibu bapa atau penjaga sihat tubuh badan dan mampu bergerak ke sana sini di bawah cuaca terik.

Dalam pada itu, Sweet turut berterima kasih dengan usaha para guru yang bertungkus-lumus menjalankan tugas sebagai pendidik meskipun negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

"Saya masih dengan pendirian saya tapi bukanlah niat nak menyalahkan cikgu. Saya harap anda faham perkara ini.

"Saya menghargai jasa guru terhadap pelajar. Saya percaya ada jalan yang boleh kementerian buat. Sekali lagi untuk guru-guru, saya minta maaf, ” ujarnya

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain