suria

Enggan letak cinta sebagai keutamaan, Azlee Khairi akui sedang kenali hati budi seseorang - “Insya-Allah, saya akan umum jika nak kahwin”

Azlee belum fikir untuk berkahwin sekali lagi.

PELAKON Azlee Khairi mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seorang wanita namun enggan menjadikan soal cinta sebagai keutamaanya.

Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hainee, berkata dia mahu memberi tumpuan kepada kerjaya seni yang sedang berjalan seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbalas komen 'mesra' dengan Zara Zya, status rumah tangga Azlee Khairi jadi persoalan - “Beri harapan pada saya atau peminat?”

Biarpun enggan terlalu bercerita mengenai kisah peribadi kepada umum, namun Azlee tetap akan berkongsi sekiranya dia mempunyai perancangan untuk berkahwin.



Azlee akan kongsi sekiranya dia mempunyai perancangan untuk berkahwin sekali lagi.

"Sekarang ini, saya tak ada ikatan atau hubungan dengan mana-mana wanita. Tapi saya tengah mengenali hati budi seseorang. Memandangkan karier seni masih berjalan seperti biasa, saya nak fokus pada kerjaya dahulu.

"Pada saya, tak semua orang boleh faham atau nak cuba faham apa yang saya lalui tapi wanita yang saya tengah kenal ini, dia memahami dan saya suka cara dia.

"Cuma, soal bercinta atau berkahwin sekali lagi bukanlah satu keutamaan untuk saya. Saya tidak mahu terlalu beriya memikirkan soal itu. Insya-Allah, saya akan umum jika nak kahwin.

"Saya pun tak nak terlalu berkongsi kisah peribadi kepada umum, sebab kita pun tak tahu kadang-kadang terlalu bercerita ini boleh buat orang tak suka dan iri hati dengan kita," katanya kepada mStar.

Sekarang ini, saya tak ada ikatan atau hubungan dengan mana-mana wanita

AZLEE KHAIRI

PELAKON

Sebelum ini, pelakon berusia 32 tahun itu mengesahkan dia sudah bercerai dengan bekas isterinya yang dikenali sebagai Dayang Norlelawati Puteh sekitar 2019 selepas lima tahun berkahwin.

Azlee juga pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Zara Zya ketika membintangi drama berjudul Seadaanya Aku pada tahun lalu namun mereka menafikan dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Azlee meluahkan rasa syukur apabila drama terbaharu lakonannya berjudul Rahimah Tanpa Rahim mendapat sambutan biarpun pada awalnya netizen mengkritik tajuk tersebut.

Menurut Azlee, dia teruja serta tertarik untuk membintangi drama tersebut yang diambil berdasarkan kisah sebenar dan akan dijadikan novel.



Azlee bergandingan dengan Puteri Aishah menerusi drama Rahimah Tanpa Rahim.

"Bagi saya, disebabkan tajuk drama itu menjadi kecoh la orang teruja nak tengok drama itu. Mungkin segelintir netizen berasa kelakar dengan tajuk tapi perkara itu benar-benar wujud.

"Malah, jalan cerita drama itu juga berdasarkan kisah benar. Ketika pertama kali saya terima tawaran ini, saya tak sangka jalan cerita itu benar-benar berlaku kepada seseorang.

"Apa yang menariknya, drama ini bakal dijadikan novel. Sejujurnya watak dan jalan cerita sangat berat tapi saya suka sebab ia lain daripada drama yang saya pernah lakukan sebelum ini," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain