suria

Tahniah! Hetty Sarlene hamil anak pertama selepas empat tahun berkahwin - “Setiap keajaiban ambil masa untuk tiba”

Hetty dijangka bersalin pada Januari 2021.

SELEPAS empat tahun berkahwin, penyanyi Hetty Sarlene akhirnya mengumumkan dia dan suaminya, Dani Aaqil bakal menimang cahaya mata pertama.

Hetty, 36, berkata, berita gembira itu merupakan hadiah sempena ulang tahun keempat perkahwinan mereka yang bakal disambut minggu hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami sanggup ulang-alik jauh demi GV5 - Hetty Sarlene

"Kami akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat minggu hadapan dan untuk menjadikan lebih teruja sambutan kali ini, kami ingin berkongsi berita gembira bahawa kami bakal timang cahaya mata pertama.

"Ini menjelaskan mengapa saya berdiam (aktiviti seni) buat seketika," kata Hetty.



Hetty dan suami teruja nak sambut kelahiran cahaya mata mereka.

Hetty berkongsi kegembiraan itu dengan memuat naik foto bersama suaminya di laman Instagram miliknya pada Selasa.

Cerita Hetty, dia mengalami alahan yang teruk pada tiga bulan pertama usia kandungannya.

Bagaimanapun, dia mengambil serius nasihat agar mendapatkan rehat dan tidur secukupnya sebelum menyambut kehadiran ahli baru.

"Saya berdepan dengan muntah-muntah, pening, emosi terganggu, jatuh tandas, kerap tidur dan macam-macam lagi.

"Saya akan ambil serius nasihat untuk banyak berehat dan tidur sebelum kehadiran ahli baru keluarga kami. Setiap keajaiban pun ambil masa untuk tiba," ujarnya

Saya berdepan dengan muntah-muntah, pening, emosi terganggu, jatuh tandas, kerap tidur dan macam-macam lagi.

HETTY SARLENE

PENYANYI

Menerusi foto tersebut memperlihatkan Hetty dan suaminya memegang papan hitam bertulis Januari 2021 merupakan jangkaan dirinya akan melahirkan bayi sulung mereka.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen yang juga mendoakan agar segala urusan Hetty sekeluarga dipermudahkan.

Penyanyi kelahiran Singapura itu mendirikan rumah tangga dengan Dani atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.

Sebelum ini, penyanyi lagu Sangsi Asmara itu kembali memeriahkan industri hiburan tempatan selepas menyertai program Gegar Vaganza 5.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Hetty Sarlene, Gegar Vaganza,

Artikel Lain