Mana lokasi sesuai pawagam pandu masuk? Finas teliti lesen, bimbang faktor cuaca panas dan lembab sepanjang tahun undang masalah

Ahmad Idham tidak mahu kandungan filem yang ditayangkan akan jadi mangsa cetak rompak.

BAGI menjaga keselamatan kandungan filem agar tidak menjadi mangsa cetak rompak, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan meneliti dan memperhalusi Lesen Pemameran Filem (EF) bagi sektor pawagam pandu masuk seiring pengamalan normal baharu susulan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, pihaknya masih belum mempunyai keputusan muktamad berhubung perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pawagam pandu lalu dapat lampu hijau di Malaysia, ini SOP yang anda wajib tahu

"Pawagam pandu masuk adalah di bawah sektor pemameran, mungkin ia wujud disebabkan normal baharu sekali gus menjadi satu trend. Faktor keselamatan adalah kriteria penting yang dititikberatkan kerana kita kena jaga sektor pengeluaran.

Finas akan meneliti dan memperhalusi Lesen Pemameran Filem (EF).

"Untuk itu, kita mungkin akan menggubal atau melakukan beberapa penambahbaikan terhadap lesen berkenaan untuk disesuaikan dengan jenis tayangan sebegini.

"Namun, sehingga hari ini, kita masih belum ada keputusan muktamad," kata Ahmad Idham menerusi laporan Bernama.

Pada 9 Julai lalu, kerajaan bersetuju membenarkan permohonan aktiviti pawagam pandu masuk tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Antara SOP yang ditetapkan iaitu pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing, penjualan makanan dibuat secara dalam talian dan mengambil makanan secara pandu lalu.

Susulan itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperincikan SOP berkaitan aktiviti ini bagi rujukan semua operator yang terlibat.

Mungkin ia sedikit mencabar kerana negara kita beriklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun.

AHMAD IDHAM

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF FINAS

Dalam pada itu, Ahmad Idham berkata pengawalan seperti itu perlu dibuat supaya ia tidak bercanggah dengan agenda Finas untuk memperkasakan industri perfileman di Malaysia.

Dia turut mengakui cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun akan memberikan cabaran daripada segi pemilihan lokasi untuk aktiviti tersebut.

"Sama ada ia akan menjadi platform penayangan filem terkini seiring dengan pawagam sedia ada atau ia boleh menjadi platform yang hanya menayangkan filem lama serta sekadar program ‘merakyatkan’ filem bagi mempromosikan filem bertema.

"Cuma, mungkin ia sedikit mencabar kerana negara kita beriklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun, itu akan menjadi kesukaran dalam memilih lokasi yang bersesuaian," ujarnya.

Ahmad Idham.

Sementara itu, seorang operator pawagam pandu masuk, Johnson Lourdes dari Johnson Media Resources berkata pihaknya bersedia memberi perkhidmatan tersebut buat kaki wayang mulai Ogos depan.

Bakal menayangkan pelbagai filem tempatan dan antarabangsa, dia bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi pawagam berkenaan dengan lebih lanjut.

Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha atau nama sebenarnya Panchacharam P. Nalliah juga menyifatkan kewujudan pawagam pandu masuk ini relevan dengan situasi semasa selain memberi kepelbagaian pilihan kepada penonton.

"Ia adalah satu peluang baharu dan biasanya apa-apa yang baharu akan buat kita lebih teruja. Kita harap ia boleh berjaya seterusnya menyokong industri perfileman di negara ini," katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain