Bagi makan pun kena tegur... Nina Iskandar rimas netizen masuk campur cara besarkan Rizqin - “Dia anak saya, awak jaga awak punya okay”

Nina Iskandar kurang senang dengan komen segelintir netizen menegur caranya membesarkan anak.

TINDAKAN segelintir netizen di laman sosial memberikan cadangan dan teguran mengenai penjagaan anak mengundang rasa kurang senang pelakon Nina Iskandar.

Dalam hal ini, Nina berkata dia dan suami mempunyai cara tersendiri membesarkan bayi mereka iaitu Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang kini berusia tujuh bulan.

"Jangan ajar saya macam mana nak besarkan anak saya, awak ada cara awak dan saya juga ada cara sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Nina Iskandar kritik kerajaan hadkan jemaah solat di masjid? - “Saya orang Brunei, tak pernah terbabit politik!”

"Jika satu hari nanti saya mahukan pendapat anda, saya akan tanya. Sekarang ini biarlah Rizqin makan apa sahaja dia mahu, buat apa sahaja dia mahu.

"Lagipun dia anak saya, awak jaga awak punya okay... sila hadam mak-mak!," katanya menerusi Instagram.



Luahan Nina di Instagram.

Sebelum menulis pandangannya ini, Nina ada memuat naik video pengalaman pertama memberikan makanan jenis pepejal kepada anak lelakinya itu.

Bagaimanapun, ada pengikut menegur makanan yang diberikan oleh Nina itu tidak sesuai untuk bayi di bawah usia setahun.

Dia anak saya, awak jaga awak punya okay... sila hadam mak-mak!

NINA ISKANDAR

PELAKON

Luahan Nina itu menerima pelbagai komen daripada pengikut dan rata-ratanya bersetuju dengan pandangan pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini.



Nina ada cara tersendiri dalam membesarkan anak pertamanya itu.

"Saya pun selalu kena situasi macam ini, kadang-kadang hilang sabar juga sebab semua salah apa kita buat, suka hatilah anak kita, takkan kita nak jahanamkan anak sendiri.

"Betul tu, anak masing-masing lantaklah nak bagi makan apa pun, ikut suka hati la tak payah sibuk... bagi pendapat pun kena tengok orang juga. Apa la!," komen pengikut.

Nina dan Mohd Azlan Adzanan mendirikan rumah tangga pada April 2019 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 23 Disember tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nina Iskandar

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia

Malaysia catat 9 kes positif Covid-19