suria

Biarkan anak lelaki berambut panjang, Amar Baharin ada sebab tersendiri - “Awak tak perlu kasihan dekat anak saya”

Amar Baharin terapkan amalan dan sunnah Nabi dalam membesarkan anak-anak.

GARA-GARA membiarkan anak lelaki berambut panjang, pelakon Amar Baharin menerima komen teguran daripada seorang pengikut di laman Instagram.

Membalas komen yang ditulis netizen itu, Amar berkata dia mempunyai sebab tersendiri membiarkan anak sulungnya iaitu Aqeef Anaqi berambut panjang.

“Awak tak perlu kasihan dekat anak saya... bila dia tanya, saya cerita sirah Nabi. Pernah rambut panjang, pernah botak.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung Amar, Amyra Rosli cedera bahagian siku akibat terseliuh - “Nasib baik tiada yang serius”

“Jangan lupa cerita juga sunnah-sunnah Nabi pada anak-anak. InsyaAllah dia membesar jadi anak soleh dan solehah ahli sunnah.

“Saya doakan awak! Jangan kasihankan Nabi pula ya, Nabi itu kita jadikan ikutan dan panduan... InsyaAllah semoga bermanfaat, ” katanya.

Amar jelaskan sebab membiarkan anak lelaki berambut panjang.

Suami kepada aktres Amyra Rosli ini menulis komen itu pada satu foto yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

Sebelum itu, seorang pengikut menegur gaya rambut Anaqi yang dikatakan terlalu panjang dan kurang sesuai untuk seorang kanak-kanak lelaki.

“Potonglah rambut anak lelaki tu... lebih kemas dan lebih sesuai untuk anak itu. Kasihan dekat anak lelaki tu rambut macam perempuan. Kasihanlah kat anak tu, ” komen pengikut berkenaan.

Sementara itu, rata-rata pengikut bersetuju dengan pandangan Amar itu kerana sebagai seorang bapa pasti mengetahui apa yang terbaik untuk anaknya.



Antara komen yang ditulis pengikut pada foto yang dimuat naik Amar itu.

“Aku rasa cara hang (awak) tegur tu tak kena. Anak dia, biarlah kat dia. Bukan sebab Amar ni artis ke apa! Amar pun bukan kenal aku tapi cara tegur nak perbetulkan anak orang tu tak kena.

“Esok anak dia besar, dia tahulah nak kerat rambut anak dia... takkanlah seorang bapa tak nak potong rambut anak bila masuk sekolah.

“Awak pergi buat kerja awak dulu, jangan kalut hal orang lainlah! Anak dia rambut panjang tapi kemas, masing-masing ada cara nak didik anak sendiri, ” komen peminat.

Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 3, dan Ayra Aryssa yang lahir pada 1 Februari tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain