suria

Hampir seminggu kuarantin diri, Shima Anuar sudah negatif Covid-19 - “Saya buat swab test lagi dan Alhamdulillah!”

Shima bersyukur apabila mendapati dirinya bebas jangkitan Covid-19.

SELEPAS hampir seminggu menjalani kuarantin diri di rumah, akhirnya pelakon Shima Anuar memaklumkan dia bebas daripada jangkitan virus Covid-19.

Shima, 30, berkata dia sudah menjalani ujian calitan (swab test) terbaharu dan disahkan negatif pada Sabtu.

“Selepas hampir seminggu disahkan positif, saya ada baca jika CT value tinggi maknanya virus tak kuat jadi saya terus buat swab test lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Shima Anuar menggigil kerana terlalu panik selepas disahkan positif Covid-19 - “Saya susah nak bernafas walaupun tiada asma”

“Hari ini keluar keputusan negatif, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah!” katanya menerusi laman Instagram.

Terima kasih yang mendoakan... kepada yang baru sah positif banyakkan bersabar, bertenang makan vitamin C, minum air panas dan lemon banyak-banyak!

SHIMA ANUAR

PELAKON

Sebelum ini, Shima mendedahkan dia mengalami kesukaran untuk bernafas dan sakit kepala sebelum mengambil keputusan untuk melakukan ujian saringan Covid-19.

Menerusi laporan mStar pada Isnin lalu, Shima memberitahu dia berasa sedih apabila disahkan positif memandangkan dirinya tidak mempunyai kontak rapat dengan mana-mana pesakit Covid-19.

Bagaimanapun, Shima memberitahu suaminya iaitu Mohd Solih Toha dan dua orang anaknya iaitu Mariam Sophia dan Mikhael Imaan sudah melakukan ujian saringan dan keputusan mereka negatif.

Shima bersyukur bebas daripada Covid-19.

Dalam pada itu, Shima mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan kesihatannya.

Malah, dia turut berpesan agar individu yang dijangkiti Covid-19 supaya kekal positif dan bertenang melawan virus tersebut.

“Terima kasih yang mendoakan... kepada yang baru sah positif banyakkan bersabar, bertenang makan vitamin C, minum air panas dan lemon banyak-banyak.

“Cuba untuk kuatkan imunisasi badan, insyaAllah semuanya baik-baik nanti. Saya juga doakan pesakit Covid yang lain cepat sembuh seperti sedia kala, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain