suria

Fedtri Yahya tak setuju berkahwin usia muda, belum matang dan tak berkemampuan punca kes cerai meningkat - “Tak perlu berlumba siapa paling awal!”

Fedtri dedah terdapat kes kahwin di usia muda bercerai selepas dikurniakan anak.

TREND berkahwin di usia muda turut mendapat perhatian penulis lirik dan pengacara Fedtri Yahya yang menyuarakan pendapatnya mengenai isu tersebut.

Fedtri atau nama sebenarnya Ahmad Fedtri Yahya menganggap perkahwinan di usia yang muda tidak sepatutnya menjadi ikutan memandangkan segelintir remaja sekarang tidak matang dan berkemampuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan pengantin Instafamous ‘jalan terus’, tak kisah cakap negatif kahwin muda - “Inilah jodoh saya, rezeki awal untuk halalkan dia”

Malah Fedtri turut mendedahkan terdapat beberapa kes antaranya bercerai selepas dua minggu berkahwin disebabkan tiba-tiba berasa tidak bersedia dan memilih untuk berpisah setelah mempunyai anak kerana enggan tanggung komitmen.

Fedtri menyuarkan pendapatnya menerusi laman Twitter.

"Tolonglah jangan ‘dakwah’ orang muda kahwin awal. Tak semua matang dan ‘berkemampuan’. Bila dah sedia, pasti mereka sendiri menuju ke arah itu.

"Tak perlu berlumba siapa paling awal. Kalau tak sedia... akibatnya menyusahkan orang lain di kemudian hari. Kes satu... baru dua minggu kahwin dah nak bercerai sebab 'baru rasa' tak bersedia.

"Duit katering pun tak habis bayar lagi. Kes kedua, pelajar kolej e-mel ramai orang sebab perlu kahwin segera. Kita tanya sebab apa? Terlanjur ke? Dia kata tak. Hanya nak tegakkan agama melalui perkahwinan Smiling face with halo.

"Saving dia ada baru RM170. Kes ketiga, dah ada anak tapi kemudian nak cerai sebab tak suka komitmen sebab stres. Lebih senang hidup bujang. Habis, anak kau tinggal mcm tu je?" kata Fedtri.

Kalau tak sedia... akibatnya menyusahkan orang lain di kemudian hari.

FEDTRI YAHYA

PENULIS LIRIK

Personaliti TV yang berusia 40 tahun ini berkongsi pandangannya mengenai trend berkahwin di usia muda itu menerusi laman Twitter miliknya.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat Fedtri dan generasi muda sepatutnya belajar mengenai tanggungjawab selepas berkahwin sebelum mengambil keputusan untuk memiliki sebuah keluarga.

"Kalau bab kahwin laju je kaitkan fasal agama. Bab diri dia dengan Allah? Ramai sangat yang pandang remeh fasal perkahwinan ni. Ibu bapa pun sepatutnya nasihatkan anak-anak bagi kesedaran mengenai kehidupan sebenar perkahwinan.

Rata-rata netizen setuju dengan pendapat Fedtri mengenai trend kahwin di usia muda.

"Setuju. Jangan semata-mata nak elak maksiat. Itu bukan cinta itu nafsu. Kalau kahwin sebab nafsu, perkahwinan itu takkan kekal. Bila isteri dah tak macam dulu, mulalah cari yang lain. Kalau cinta, selebet macam mana pun pasangan tu, kita tetap sayang.

"Daripada dakwah kahwin awal, lebih baik dakwah perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab, amanah dan komitmen," komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa tidak setuju kerana menganggap soal jodoh itu merupakan rahsia Allah.

Sebelum ini, beberapa kisah mengenai anak muda yang masih bersekolah mendirikan rumah tangga menarik perhatian sehingga menjadi tular di laman sosial.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain