suria

“Orang tak jemu ke?” - Adira anggap penghormatan lagu dipilih jadi runut bunyi drama

Adira tampil dengan lagu baharu berjudul kesempatan bagimu yang turut menjadi runut bunyi drama.

TAMPIL dengan lagu baharu berjudul Kesempatan Bagimu, penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila karya terbaharunya itu menjadi runut bunyi untuk drama bersiri, Tercipta Satu Ikatan yang bersiaran di slot Mega Drama Astro.

Menurut Adira, peluang menyanyikan lagu untuk drama merupakan satu penghormatan kepadanya sebagai seorang anak seni.

"Sudah menjadi rezeki saya terus diberikan kepercayaan mendendangkan lagu runut bunyi. Saya bersyukur boleh dikatakan kebanyakan single melatari drama televisyen (TV).

ARTIKEL BERKAITAN: Adira tak mahu cerai, Datuk Red dapat peluang kedua - “Tidak letak syarat, namun sebagai manusia saya juga ada hadnya”

"Bagaimanapun, ada masanya, terbit juga tanda tanya dalam hati, orang tak jemu ke, lagi-lagi Adira?

"Pada saat bakat baharu tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, rezeki menyanyi lagu runut bunyi masih dalam genggaman. Saya anggap ini adalah penghormatan buat saya," katanya.

Lagu baharu ini pun dirakam tanpa ambil masa yang panjang. Selain sudah faham rentak kerja, saya juga sudah mendapat lagu Kesempatan Bagimu lebih awal untuk berlatih

ADIRA

PENYANYI

Lagu Kesempatan Bagimu terbitan Nova Music ciptaan komposer, Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh, manakala lirik ditulis Ikhwan Fatanna bersama Arisz Abd Rahman.

"Lagu Kesempatan Bagimu dirakamkan Oktober lalu. Ia adalah kali keempat saya bekerjasama dengan Ikhwan.

"Sebelum lagu Kesempatan Bagimu, saya terlebih dahulu mencipta keserasian menerusi karya Ikhwan sejak lagu Pujaan Hati, Takdir Tercipta dan Maaf. Secara peribadi, saya senang bekerjasama dengannya.



Adira bersyukur lagu masih menerima sambutan hebat pendengar.

"Lagu baharu ini pun dirakam tanpa ambil masa yang panjang. Selain sudah faham rentak kerja, saya juga sudah mendapat lagu Kesempatan Bagimu lebih awal untuk berlatih.

"Secara kebetulan, lagu Kesempatan Bagimu berentak balada seperti lagu sebelumnya. Tidak dinafikan, jiwa saya lebih ke arah menyanyikan lagu berentak balada dan melankonlik. Dalam ketegasan, ada kelembutan yang masih terserlah," ujarnya.

Lagu Kesempatan Bagimu adalah single solo ketiga Adira bekerjasama bersama Nova Music selepas lagu hit Pujaan Hati dan Maaf.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain