suria

[VIDEO] Tahniah! Ayda Jebat, Nabil Mahir sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz - “Kami bersedia menimang zuriat secepat mungkin”

SELEPAS lapan bulan mengikat pertunangan, Ayda Jebat akhirnya selamat diijab kabul bersama jejaka pilihan hati, Nabil Mahir dengan sekali lafaz pada petang Jumaat.

Pasangan itu dinikahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Rozimi Zamri di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kira-kira pukul 3.28 petang.

Dalam majlis itu, Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan termasuk mas kahwin berupa seutas rantai berlian.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat, Nabil Mahir nikah 1 Januari 2021 - “Saya pilih tarikh paling senang nak ingat”

Namun begitu, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Pasangan itu segak dalam persalinan serba putih hasil rekaan pereka fesyen, Lynda Rahim.

Ayda menggayakan busana perkahwinan daripada Lynda Rahim.

Ayda menzahirkan rasa syukur apabila majlis berjalan sempurna seperti dirancangkan biarpun ia diadakan secara sederhana mengikut rutin normal baharu.

"Alhamdulillah, walaupun kini kita berada dalam norma baharu, syukur majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

“Di sebalik pandemik Covid-19 yang membataskan banyak perkara, kami memilih untuk melangsungkan yang wajib dulu. Terima kasih buat semua yang mendoakan, ” katanya.

Syukur majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

AYDA JEBAT

PENYANYI

Ayda juga berkata dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam waktu terdekat.

“Ini adalah perkara baharu dalam hidup kami sebagai suami isteri. Saya dan Nabil percaya akan ada banyak dugaan serta cabaran yang bakal ditempuh.

Ayda ditemani ibu tercinta, Rohana Mohamed. -foto @CST PRODUCTION

“Jujurnya kami sudah lama impikan saat ini dan juga sudah bersedia untuk menimang zuriat secepat mungkin, InsyaAllah,” katanya yang tetap meneruskan kerjaya seni seperti biasa selepas ini.

Nabil sebelum ini melamar Ayda pada malam sambutan hari jadi penyanyi itu yang ke-28 pada 18 Mac lalu.

Pasangan ini kemudiannya mengadakan majlis pertunangan secara atas talian pada 28 April lalu berikutan terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain