suria

Syukur... Idayu hamil 5 bulan! Penantian enam tahun untuk bergelar ibu berakhir - “Kepada yang masih berusaha, saya doakan kalian juga”

Idayu turut berkongsi video imbasan bayi dalam kandungannya.

PENANTIAN dan doa Idayu dan suami iaitu Shahrul Fadzil selama enam tahun untuk dikurniakan cahaya mata akhirnya termakbul apabila penyanyi itu mengumumkan dia kini sedang hamil.

Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob, berkata kandungannya kini sudah mencecah lebih lima bulan dan meluahkan rasa syukur dengan nikmat yang Allah berikan kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Idayu imbau saat bergelar juara AF Megastar selepas 11 tahun menyepi

Penyanyi berusia 35 tahun ini juga memohon agar orang ramai dapat mendoakan bayi dalam kandungannya diberikan kesihatan yang baik.

Idayu memuat naik foto baby bump.

"Syukur Alhamdulillah Idayu dan suami ingin membuat pengumuman rasmi tentang kehamilan saya yang kini berusia lebih lima bulan setelah melayari perkahwinan selama lebih enam tahun.

"Saya sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada kami berdua. Kami sentiasa yakin dengan peraturan Allah SWT dan inilah waktu yang paling tepat. Kami akan sentiasa mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari mendatang.

"Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik, dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya," katanya.

InsyaAllah dengan izin Allah kami bakal menimang cahaya mata pertama ini pada Mei 2021.

IDAYU

PENYANYI

Juara program realiti AF Megastar 2017 ini berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik foto baby bump di Instagram miliknya.

Ruang komen di perkongsian tersebut juga dipenuhi dengan ucapan tahniah dan doa daripada netizen serta rakan selebriti.

Dalam pada itu, Idayu memberitahu dia dijangka akan melahirkan cahaya mata sulungnya pada Mei depan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantunya sepanjang tempoh kehamilan.

"InsyaAllah dengan izin Allah kami bakal menimang cahaya mata pertama ini pada Mei 2021. Sekali lagi terima kasih untuk ucapan dan doa kalian.

Idayu berharap semua orang mendoakan bayi dalam kandungannya.

"Terima kasih juga kepada doktor Hidayat dan juga doktor @drnurulkhairiyah serta seluruh kakitangan hospital kerana banyak membantu saya sepanjang tempoh kehamilan ini.

"Semoga Allah sahaja dapat membalas budi kalian. Kepada pasangan yang masih berusaha nak dapat baby, nasihat saya... jangan mudah putus asa! Saya doakan kalian juga," ujarnya.

Idayu mendirikan rumah tangga dengan Shahrul Fadzil pada Mei 2014.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain