suria

DJ Lin diraikan 20 peminat, sambut ulang tahun kelahiran ke-45 secara sederhana - “Syukur peminat masih lagi setia bersama saya”

DJ Lin terharu peminat raikan sambutan ulang tahun kelahirannya.

BERBEZA dengan tahun sebelum ini, penyampai Suria FM iaitu DJ Lin berkata dia sedih apabila tidak dapat menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada 31 Disember bersama peminat dalam skala yang besar susulan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 45, berkata dia terharu dan teruja apabila dikejutkan dengan majlis sederhana anjuran kelab peminatnya, DJ Lin Followers pada Rabu lalu.

"Walaupun hanya 20 orang saja namun cukup terasa kemeriahannya dan saya sangat bersyukur serta berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak tak paksa DJ Lin kahwin - “Masa dengan mereka pun tak banyak apa lagi jika ada suami”

"Ia merupakan hadiah terindah untuk saya abadikan dalam diari coretan hidup sempena menutup tahun 2020," katanya kepada mStar.



DJ Lin bersama dua anaknya Nureen Aresya (kiri) dan Nazren Asyran.

Saban tahun kebiasaannya DJ Lin yang terkenal menerusi slot Suria Cinta itu akan menganjurkan majlis besar-besaran yang menghimpunkan hampir 100 hingga 300 orang peminatnya dari seluruh negara.

Selain itu kata DJ Lin, kesedihan itu bertambah apabila dia belum berkesempatan untuk meraikan kemenangannya meraih anugerah Penyampai Radio Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-33 bersama peminat.

Ia merupakan hadiah terindah untuk saya abadikan dalam diari coretan hidup sempena menutup tahun 2020.

DJ LIN

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

"Saya berasa sedikit sedih kerana pada tahun ini aktiviti tahunan bersama peminat tidak dapat saya laksanakan disebabkan pandemik Covid-19 apatah lagi untuk meraikan kemenangan yang baru saja saya perolehi baru-baru ini.

"Namun, saya bersyukur peminat masih lagi setia bersama saya sehingga kini. Ingatan mereka itu sudah cukup buat saya gembira dan terharu," ujarnya.

Majlis sambutan hari lahir DJ Lin yang diadakan di sebuah restoran makanan Jepun di Kuala Lumpur itu turut dimeriahkan dengan kehadiran dua cahaya matanya, Nureen Aresya, 19, dan Nazren Asyran, 17.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain