suria

Rancang masa depan, Radin ceburi bisnes khidmat kurier - “Sudah tiba masa untuk ada perniagaan sendiri”

Radin ceburi bisnes kurier.

TREND shopping atas talian memberi idea kepada penyampai radio ERA FM, iaitu Radin untuk menceburi bidang perniagaan dengan membuka francais perkhidmatan kurier, J&T.

Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 30, berkata, dia mengusahakan perkhidmatan yang beroperasi di Denai Alam itu selepas melihat potensi perniagaan itu mempunyai masa depan yang cerah.

ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan Kasihankan Saya" - Radin Ulas Hubungan Ayda Jebat & Redza Rosli

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ini merupakan kali pertama saya ceburi bidang perniagaan dan keputusan untuk menerokai perkhidmatan kurier ini adalah tepat.

"Pada awalnya rakan saya yang memberi idea kerana melihat ramai yang menggunakan perkhidmatan ini dan memandangkan belum pernah ada selebriti yang buat, saya rasa ini idea bagus.

"Saya sangat berminat dan fikir sudah tiba masa untuk ada bisnes sendiri," ujarnya kepada mStar.



Radin buka bisnes demi masa depan.

Radin berkata, dia mengambil masa sebulan untuk berbincang dan mencapai kata sepakat untuk membuat pelaburan untuk bisnes berkenaan.

Tambahnya, modal yang tidak terlalu besar dan sudah dikenali umum antara sebab utama dia memilih perniagaan itu.

"Saya fikir bisnes ni tak perlu cari orang sebaliknya mereka sendiri yang datang cari kita untuk gunakan servis kita dan modal yang diperlukan untuk bisnes ini juga tidak besar seperti bisnes makanan.

Saya sangat berminat dan fikir sudah tiba masa untuk ada bisnes sendiri.

RADIN

PENYAMPAI RADIO ERA FM

"Yang lebih mudah lagi sebab kami tidak perlu perbelanjaan yang banyak untuk promosi kerana J&T satu jenama yang sudah terkenal.

"Pandemik Covid-19 ini juga salah satu sebab kami rasa bisnes ini sangat relevan dan boleh pergi jauh," ujarnya lagi.

Sementara itu, ditanya sama ada dia mempunyai perancangan untuk meninggalkan kerjaya sebagai penyampai radio, Radin berkata, dia bersyukur masih diperlukan untuk berkhidmat di stesen radio berkenaan.

Dia berkata, bidang perniagaan yang diceburi adalah untuk cabang rezeki dan perancangan masa depan untuk dirinya dan keluarga.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Radin Era FM, J&T,

Artikel Lain